Macam biasalah, tokey mee... takkan nak jamu benda lain pulak. Maka aku jamu Mee Sup dengan Mee Goreng la... Serampang dua mata katakan! 1 peluru 2 sasaran. Alhamdulillah, rata- rata memuji masakan mak aku. Mee Sup dia memang sedap. Aku sendiri 2 kali tibai. Petang sekali, malam sekali dengan tetamu.
Pencuci mulut, dihidangkan buah tembikai dan betik (cina tokey betik bagi). Kebetulan dua- duanya sedap.
Tiba- tiba, Tok Imam kata, "Tak dok doh deh (bahasa kelantan tua, hehehe...), ore tane timun (tembikai), pat kito".
Jawab Tok Penghulu, "Ore tok sey tane doh, nane lo ni tok leh utung, nok make pun tok lepah".
Panjang jugak hujah- hujah dua orang tokoh kat kampung aku ni. Ada juga yang menyampuk. Mulanya aku dengar- dengar saja, tapi bila tengok perbincangan tu hanya berkisar pada pernyataan masalah semata- mata, tanpa ada buah- buah fikiran yang boleh memberikan penyelesaian. Maka aku pun mula menyampuk. Bukan apa, aku bimbang dengan perbincangan- perbincangan begini mungkin memberi kesan negatif atau membantutkan hasrat orang yang baru nak berjinak- jinak dengan pertanian. Lagipun sejak menetap di kampung halaman ni, aku makin dikenali. Kata- kata aku sekarang ni makin didengari, dah ada value.
Aku tanya, "Buah timun hok kita make ni, mari mana?". Ada yang jawab "Banyak hok cina tane". Aku tanya sekali lagi, "Pah tu, ore cino tane buleh untung dok?, Kalu tok untung takkan diorg tane". Saja je aku keluarkan pertanyaan tu supaya aku dapat menjentik fikiran mereka. Menarik perhatian mereka.Supaya mereka tergamam kejap dan memberi fokus pada hujah- hujah yang akan aku lontarkan sekejap lagi.
Aku tengok, semua mata tertumpu pada aku. Semua terdiam. Aku bersedia mengeluarkan hujah.
Aku kata, masalah kita sekarang ni bukan soal tanam betik atau tembikai ni boleh untung atau tidak. Masalah kita adalah punca pendapatan kita hanya satu. Atas satu punca pendapatan tu... semua benda kita nak buat. Katakan kita tanam tembikai. Hasil tembikai tu nak beli belanja dapur, duit poket, duit harian anak2 sekolah, duit minyak motor, duit bil api air, duit macam- macam lagilah yang nak bayarnya. Semuanya nak diletakkan di atas satu punca pendapatan sahaja.
Sebab tulah tak cukup. Bukan tak untung, tapi tak cukup. Tu masalah sebenarnya. Sampaikan nak tanam musim kedua tak boleh dah sebab duit modal dah dibelanjakan.
Aku kata lagi. Tengok cina, mereka bila bercucuk tanam. Hasil pendapatan dari tanaman mereka ni bukan untuk dimakan. Mereka ada Pelbagai Punca Pendapatan. (Multiple Stream Income). Untuk makan, minum, belanja harian yang aku senaraikan tadi tu, mereka dah ada punca pendapatan. Disamping tu, mereka usahakan bercucuk tanam. Hasil tanaman ni la mereka akan kembangkan dan jadikan sumber pendapatan yang lain. Yang sentiasa berkembang dari masa ke semasa.
Aku bagi contoh lain. Di kampung aku ada 2 pengusaha bas dan van sekolah. Seorang melayu seorang lagi cina. Melayu ni dari aku sekolah rendah sampailah aku dah ada anak nak masuk sekolah dah, dok pakai 2 bijik van je. Satu dia punya dan satu lagi adik dia bawak.Si cina ni pulak. Dari sebijik van, jadi dua, pastu jadi tiga. Jual sebijik van beli bas kecik. Pastu sekarang ni beli pulak sebijik bas besar siap ada ekon beserta bas kecik dan dua buah van. Siap pakai driver. Orang melayu jugak yang jadi kulinya.
Sebabnya, si Melayu, pendapatan van tu lah untuk belanja harian dia, nak servis van, belanja operasi dan lain2. Sebabtu tak boleh nak kembang. Nak kembang macam mana, nak belanja pun tak cukup. Sebaliknya si cina. Hasil pendapatan van ni disimpan. Bila cukup duit, beli lagi satu. Sekarang dan ada dua van. Makin kencang income dan disimpan juga. Bila cukup, beli lagi satu van dan seterusnya bas.
Duit belanja harian? Lepas angkut anak sekolah, si cina ni menjual sayur dan keperluan dapaur di pasar kampung aku. Sayur ni pulak, banyak yang diorang tanam sendiri. Bini dia sama- sama tanam dan jual.Income ni lah yang digunakan sebagai belanja, sedangkan income van sekolah dijadikan sebagai modal pusingan untuk kembangkan perniagaan mereka.
Jadi korang dah nampak dah perbezaannya? Kena ada PELBAGAI SUMBER PENDAPATAN yang BERTERUSAN. Ibarat sebatang sungai yang sentiasa mengalir, tidak pernah kering. Apa sumbernya, sama- samalah fikirkan.
Cuba bayangkan juga kalau korang hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu macam- macam boleh jadi. Bagaimana jika dibuang kerja? Sudah tentu hilang lenyap punca pendapatan.
Kita harus bekerje lebih gigih. Fikirkan masa depan bangsa, agama dan tanah air kita. Jangan jadi hamba di tanahair sendiri sedangkan orang asing jadi tokey.
6 comments:
bila baca rasa senang nak buat. tapi bila nak buat ada jugak sikit rasa susahnya.
cuba nk buat spt cdgn cikman (utk kedai online). tapi akses Internet sy di opis ni sgt lah terhad. byk website n servis yang diblok. buat mana mampu je la dulu buat masa ni.
Sales macam mana skg ni?.
Kalau dah okey, saya cadangkan langgan Celcom Broadband. RM 68 sebulan. Boleh access internet dari mana- mana pun.
Bila biz, kena ada modal yg dilaburkan. Org cina kata "Duit kecil tak keluar, duit bessar tak bleh masuk".
Mcmmanapun ada nampak perkembangan dalam biz awak tu. Tahniah.
Sekarang ni dah tambah 2 org pekerja. Jadi letih dah makin kurang rasanya. Ada masa nak access internet.
Tgh timnag- timbang jugak nak buat online business ke tak. Bukan apa kalau dah start buat takleh berenti.
Sales biasa je. Belum pulang modal keseluruhannya lagi. Belum boleh dijadikan kerjaya. Kekurangan produk disebabkan kekurangan modal. Masih perlu bekerja untuk menjana modal. Nampaknya belum boleh melanggan Celcom Broadband.
p/s:pnh try celcom broadband,ada masa access sgt2 lah slownya. kalau di kg di teluk intan, lgsg x dapat.
Hmmm.. Dulu tempat2 yg takde 3G, celcom BB ni guna GPRS. Memang cukup2 slow.
Sekarang ni Celcom BB dah pakai EDGE, lebih laju tapi tetap slow drpd 3G.
Banyakkan Fikir Positif. Yg Negetif jangan difikirkan sangat, usah layan.
Post a Comment