Sunday, November 30, 2008

Biarlah kena pada Masanya.

Sungguh lucu sekali. Waktu harga getah tengah melambung tinggi, RM 5.00 sekilo, habis pakat gila tanam getah. Kebun- kebun yang sekangkang kera di Bulldozerkan. Kebun sawit, dah jadi kebun getah. Tak kesah lah, sebab sawit dan getah sesuai di tanam di kawasan yg sama. Yang peliknya, ada yang sanggup timbun tanah sawah, semata- mata nak tanam getah.

Alih- alih harga getah turun. Sekarang dalam RM 1.50 sekilo. Sepatutnya waktu harga kemuncak tu, kautlah untung. Toreh setakat mana boleh toreh. Jual setakat mana yang boleh dijual. Bukan ditebang, ditanam semula. Kalau nak tebang tebanglah masa harga getah murah. Tanam masa tu, nanti elok – elok getah matang, boleh toreh masa harga sampai kemuncak. Masa ekonomi dunia tengah rancak.

Apapun ekonomi dunia umpama roda. Ada empat stage (1) Expansion, (2) Peak, (3) Recession dan (4) Recovery. Empat stage ni pasti berulang- ulang. Sekarang ekonomi dunia menuju kearah Recession (kemelesetan). Bagi yang bijak inilah waktunya untuk tanam pelaburan, hasilnya dituai waktu ekonomi di kemuncak (Peak). Bagi yang tidak bijak, inilah waktu yang paling sengsara.

Yang bijak membuat keputusan berdasarkan ilmu. Yang kurang bijak membuat keputusan berdasarkan emosi.

Satu lagi orang kita, waktu getah murah pakat jual kebun getah. Sungguh- sungguh kurang bijak. Ingat bang, langit tidak selalu mendung. Langit juga tidak selalu cerah.

No comments: