merompak yang berjaya dipatahkan oleh Jutawan tersebut. Aku bukan nak cerita pasal berita rompakan, cuma apa yang
aku tertarik sangat adalah wawancara oleh wartawan Kosmo dengan pemilik rumah tersebut.
Wartawan: Pak Yusop kerja apa sekarang dan apa kekayaan dimiliki?
Pak Yusop: Saya menjalankan perniagaan sendiri. Mengenai kekayaan jika dulu JUTAWAN, saya kini CENDAWAN.
Untuk makluman, Pak Yusop adalah salah seorang daripada 400 penerokan Felda L.B Johnson, Labu yang menjadi Jutawan
segera pada tahun 1998 hasil jualan tanahnya kepada Tabung Haji. Kebanyakan yang menerima pampasan RM 1 juta
"Berjaya" menghabiskan wang tersebut dalam masa kurang dari 10 tahun.
Kajian di barat mendapati, 70% jutawan segera (terutama yang menang loteri) akan kembali kepada kehidupan asal
selepas 10 tahun. Malah lebih menyedihkan ada yang kehidupan mereka lebih teruk berbanding sebelum menjadi
jutawan. Hutang keliling pinggang, keluarga terabai, dipulau masyarakat dan sebagainya.
Perbezaan antara Jutawan Segera dengan Jutawan dari Usaha yang gigih cukup berbeza. Umpama langit dan bumi.
Jutawan sebenar mempunyai income yang mampu menyumbang kepada kekayaan mereka secara berterusan. Sedangkan Jutawan
Segera dapat duit secara lump sum, lepas tu dah takde dah income yang boleh menyumbang kepada kekayaan mereka. Di
sinilah mereka perlu berhati- hati, sebab, apabila mereka berbelanja besar, duit mereka akan segera habis tanpa
ada sumber pengganti.
Satu yang paling menjadi masalah apabila mereka mula mencipta kredit / hutang. Katakan mereka membeli kereta mewah
bernilai RM 300,000. Mereka membayar downpayment RM 50,000. RM 1,000,000 tolak RM 50,000. Mereka masih ada wang di
tangan bernilai RM 950,000. Hakikatnya, duit mereka sekarang hanya tinggal RM 700,000 memandangkan installment
bulanan juga perlu menggunakan wang tersebut. Berbeza Jutawan sebenar, mereka mempunyai sumber yang lain yang
boleh digunakan untuk bayaran bulanan.
Tambah lagi beli rumah RM 300K. Juga bayar muka RM 50K, Baki di tangan RM 900K. Hakikatnya duit mereka dah tinggal
RM 400K. Cepat sungguh habis. Belum lagi dikira pakej pelancongan, hadiah kepada keluarga dan kawan- kawan dan
lain- lain lagi.
Jadi, jika korang menjadi Jutawan Segera kelak (mana tahu rezeki, durian runtuh). Seharusnya, jadikan duit itu
sumber untuk menjana pendapatan yang baru dan berterusan.
No comments:
Post a Comment