Thursday, April 30, 2009

Warren Buffett

Kenali orang terkaya dunia

Wednesday, April 29, 2009

The Intelligent Investor

Korang mungkin kenal dengan nama WARREN E. BUFFETT. Orang terkaya dunia sekarang ni, sejak tahun lepas setelah berjaya memintas Bill Gates yang berjaya memegang rekod orang terkaya dunia selama 13 tahun berturut- turut.

Warren Buffett adalah seorang pelabur. Melalui portfolio pelaburannya beliau memiliki lebih 60 syarikat gergasi dunia. Antaranya termasuklah Coca Cola, Syarikat Perkapalan, Syarikat Pembuatan Jet dan sebagainya. Boleh lihat di sini, http://www.berkshirehathaway.com

Bila baca tentang Warren Buffett satu nama yang paling berkait rapat dengan beliau pasti akan ditemui iaitu BENJAMIN GRAHAM. Mahaguru Pelaburan kepada Buffett yang juga pernah menjadi majikannya.

Benjamin Graham (1894 - 1976) merupakan pensyarah di Colombia University dimana tempat Buffett belajar. Beliau adalah pengasas "Value Investing" (Pelaburan Nilai) yang banyak disentuh di dalam Buku Bertajuk THE INTELLIGENT INVESTOR. Buku yang pasti menjadi buruan bagi pelabur yang ingin berjaya.

Lama aku mencari buku ni ni Kedai- kedai buku seperti Popular dan MPH tapi tak jumpa. Tapi sekarang Alhamdulillah, mungkin berkat kesungguhan dan keinginan yang membara, atau mungkin juga rezeki yang datang menggolek, aku search punya search kat internet akhirnya aku jumpa satu salinan Softcopy di Internet. Satu buku lengkap 641 ms.

Secara ringkasnya buku ini memberi panduan untuk menyesuaikan dan mempraktikkan polisi- polisi pelaburan. Buku ini kurang menyentuh tentang teknik menganalisa sekuriti sebaliknya penekanan buku ini adalah pada "INVESTMENT PRINCIPLES & INVESTORS' ATTITUDES".

Aku sasarkan untuk menghabiskan kedua- dua buku ni dalam masa dua bulan. Besar kemungkinan blog aku akan jarang diupdate.

Rupa- rupanya ada yang mengikuti blog ni dari masa ke semasa. Hinggakan ada yang telefon aku bila lama tak update. Kepada mereka aku ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan korang semua. Mungkin bila aku lebih berkeyakinan aku ingin mengajak mereka yang berminat untuk sama- sama menubuhkan pusat kajian Pelaburan dan Kekayaan.

Buku Menarik

Hampir sebulan aku tidak update blog aku. Bukan apa, sekarang ni aku cuba "cut" access internet supaya pembacaan dan kajian aku lebih efektif. Jika ada internet masa untuk membaca bahan- bahan yang dicari agak kurang. Lebih penting lagi bila tiada internet aku dapat rasakan perbezaan, aku rasa lebih FOKUS.

Jadi aku ambil kesimpulan, segala bahan yang hendak dibaca aku download. Yang mana siket- siket aku print. Yang beratus- ratus page aku baca kat Notebook.

Ada dua buku yang aku tengah "serius" mengkaji sekarang ni selain mengkaji pasal ekonomi. Kedua- dua pengarangnya pun dah meninggal lebih 30 tahun, sebelum aku melihat dunia lagi. Selain itu aku juga dan mula membuat pelaburan.


THINK & GROW RICH

Buku pertama yang aku tengah kaji sekarang ni berjudul "Think & Grow Rich". Karangan Napoleon Hill. Sebenarnya ni buku kedua Think & Grow Rich yang aku beli. Dulu aku dah ada.... hilang bila dipinjamkan pada kawan. Lama baru aku jumpa edisi yang terbaru ni.

Cetakan pertama buku ni pada tahun 1937. Maknanya buku ni dah berusia 72 TAHUN. Penulisnya pun dah meninggal 30 tahun lebih. Sejak mula dikeluarkan hampir 20 JUTA naskah telah terjual tidak termasuk yang telah diterjemahkan ke berbagai bahasa. Versi bahasa Melayu ada berjudul "BERFIKIR UNTUK MENJADI KAYA". Aku cuba baca tetapi aku suka baca karangan asal lagi. Ianya boleh dikatakan menjadi rujukan "WAJIB" bagi jutawan- jutawan yang telah berjaya sekarang ni.

Apa yang menariknya buku ini sehingga berjaya bertahan sehingga hampir 100 tahun dipasaran?

Sebenarnya sebelum menulis buku ni Napoleon Hill adalah seorang wartawan yang ditugaskan untuk menemuramah orang- orang yang berjaya pada masa tersebut seperti Andrew Carnegie (Orang paling kaya masa tu 1900an), Hendry Ford, Thomas A Edison, Dr Alexander Graham Bell dan banyak lagi nama- nama besar yang tercatat dalam sejarah. 25 tahun masa diambil dan 500 orang berjaya ditemui secara bersemuka.

Daripada kajian tersebut, Napoleon Hill melihat sebenarnya orang- orang berjaya ni mempunyai banyak persamaan baik dari sudut pemikiran mahupun tindakan. Hasilnya Napoleon Hill berjaya mengekstrak dan membuat RUMUSAN tentang apa dan bagaimana kesemua mereka ini boleh berjaya dengan cemerlang sekali. Hasilnya juga Napoleon telah menggariskan panduan, 13 Langkah untuk menjadi kaya.

Setelah hampir 72 tahun ditulis, Kebanyakan jutawan dan orang yang berjaya pada masa sekarang mengakui mempraktikkan apa yang ditulis oleh NApoleon Hill samada secara sedar atau tidak sedar. Edisi terbaru banyak memasukkan testimoni orang yang telahpun berjaya dengan mengamalkan langkah- langkah yang telah disebutkan dalam buku ini.

Kesimpulannya. Jika anda rasa ingin berjaya aku sarankan dapatkan buku ini. Tidak rugi memeilikinya hinggakan aku sanggup membelinya 2 kali. Buku pertama aku membacanya sekali lau dan buku kedua ni aku baca word by word, cuba memahami maksud Napoleon Hill satu persatu, mengambil nota dan rumusan dan paling penting aku mula mengamalkannya.

Wednesday, April 1, 2009

Belajar Ekonomi

Alhamdulillah, sekarang aku tengah belajar tentang ekonomi. Sekali lagi aku merasakan kegawatan adalah satu peluang. Disebabkan kegawatan media- media massa banyak perkatakan tentang ekonomi. Berita- berita ekonomi menjadi berita penting. Wawancara, forum, diskusi tentang ekonomi hampir setiap hari dianjurkan dan disiarkan di radio dan televisyen. Mungkin disebabkan ini jugalah yang mendorong aku untuk mendalami tentang ekonomi.

Berita- berita ni juga banyak membantu aku memahami tentang ekonomi. Kalau ada pengumuman dibuat dan aku tidak faham mengenainya.. aku akan buka internet dan buat kajian!. Kalau dulu jarang- jarang sekali kedengaran tentang OPR (Overnight Policy Rate), BLR dsb yang berkaitan dengan Bank dan Interest. Tetapi sekarang ni dalam tempoh 3 bulan 3 kali OPR diturunkan. Selepas pengumuman penurunan dilakukan, maka berita- berita dan komen- komen pakar pasti menyusul. Ada yang kata macam ni dan ada pula yang kata macam ni. Dari sinilah aku cuba memahami. Aku mula belajar dan akhirnya aku mulai faham kesannya kepada pelabur, peminjam, instutusi perbankan dan sekaligus ekonomi negara.

Sekarang ni aku tengah study tentang petunjuk ekonomi seperti Gross Domestic Product (GDP), Consumer Confidence Index (CCI), Consumer Price Index (CPI), Housing Starts, Factory Orders Report dan sebagainya. Aku study bagaimana untuk mendapatkannya, dari mana sumbernya, bila dikeluarkan, bagaimana untuk membaca, mentafsir dan menganalisanya, mengkaji apa yang diceritakan tentang keadaan ekonomi dan kesan terhadap ekonomi dan pelaburan.

Sedikit sebanyak, dalam diam- diam tanpa disedari, aku mula faham tentang pasaran modal, pasaran derivative, pasaran komoditi dan pasaran matawang... hasil kajian- kajian terdahulu.Walau bagaimanapun aku sedar ini hanya permulaan. Baru di permukaan. Baru kulit. Banyak lagi yang perlu dikupas, baru boleh merasa isinya. Kemudian, ambil bijinya dan semaikan. InsyaAllah dari satu biji akan jadi 2, 4, 8 pokok yang akan menghasilkan berjuta- juta buah.....

Akhir sekali aku harap sesiapa yang mempunyai pengetahuan atau apa saja yang mahu dikongsikan.. ada baiknya Blog aku ni dijadikan Forum.. gunakan kemudahan KOMEN tu untuk korang beri pendapat dan ilmu yang korang miliki. Aku amat- amat mengalu- alukannya!.