Thursday, December 20, 2012

Autosuggestion - Penting

Ni satu lagi teknik yang aku gunakan dalam 
Proses Internalization
Dipanggil
Autosuggestion @ Affirmations


Kita tulis Goal & Action Plan di dalam kertas
Kemudian baca ulang- ulang setiap pagi dan malam


Cara baca macam aku citer dlm bab Proses Internalizations
Iaitu kena: 
Relaks, Penuh Percaya, Penuh Emosi & Anggap dah Tercapai


ni contoh Autosuggestion waktu mula jadi Agent Prudential dulu
(kali pertama didedahkan di public, ISLAH DYNAMIC ASSOCIATES aku dah lama tunjuk)




Yepppp... aku baca hari- hari, 2 kali sehari
(macam makan pil pulak)

Aku print pelbagai saiz.... 
ada saiz A4, ada saiz poket
Letak di pelbagai tempat, kat bilik, kat office, kat dlm kereta

Baca, baca dan baca setiap masa


-+-+-+-

Bila ditanam benda ni dalam Minda hari- hari
Akhirnya dia akan bertindak sendiri


Contohnya statement ni:

"Aku mesti mendisiplinkan diri untuk membuat PHONE CALL dari pukul 9:30 - 10:30 pg setiap hari. DISCIPLINE, DISCIPLINE, DISCIPLINE!"

Ni Affirmation yang aku paling suka.


Hasilnya: 
Kol 9:30 jer automatik akan ada satu desakan dalam hati... 
hati akan berkata
"Kau mesti buat Phone Call Sekarang!"


Desakan- desakan ni akan berulang- ulang dalam hati
Kalau tak buat jugak akan rasa bersalah 
dan rasa macam ada sesuatu tak kena
Akhirnya kita akan bertindak.... 
Akhirnya kita akan buat... 


Beginilah caranya bagaimana aku boleh Istiqamah.


Alhamdulillah.. banyak benda yang aku boleh Istiqamah
dengan melakukan Autosuggestion.

Bukan dalam urusan dunia sahaja.... 
dalam urusan Akhirat pun boleh diamalkan.



Kalau sesiapa nak ISTIQAMAH Qiamullail & 
Baca AlQuran 1 juzu' sehari pun boleh dengan kaedah ni.

Kadang kadang walaupun tidur pukul 1 @ 2 pagi. 
Masih boleh bangkit pukul 4:30 pagi.

Sebab tubuh & mental kita dah ready.


Tubuh & Mental kita amat berkuasa sebenarnya
Kita sahaja yang belum pandai menggunakannya


 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. 

(Surah At Tiin, Ayat 4-5).

No comments: