Wednesday, December 17, 2008

Bagaimana Orang Indonesia buat duit di Malaysia.

Dianggarkan 2.3 juta pekerja asing bekerja di Malaysia sekarang ini. Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pada tahun 2006, 1.8 juta orang dengan 1.22 juta dari Indonesia (Rujukan) Belum dikira peendatang asing tanpa izin yang mencecah 1 juta orang. Jumlah ni jauh lebih tinggi daripada penjawat awam yang ada 1 juta orang.

Persoalannya, kenapa begitu ramai warga Indonesia sanggup datang ke Malaysia. Tinggal anak isteri, tinggal keluarga, tinggal kampung halaman.

Tidak lain hanya kerana Malaysia menjanjikan kejayaan dan kekayaan buat mereka. Orang- orang yang terdahulu telah membuktikan. Mereka yang awal berhijrah je Malaysia rata- rata mampu mengubah nasib keluarga mereka di tanahair berbekalkan rezeki yang dikutip di Malaysia. Faktor inilah yang mendorong tenaga- tanaga muda untuk ke Malaysia mengadu nasib.

Aku bukan nak cerita pasal pekerja asing ni. Ini urusan kerajaan. Apa yang aku minat nak kongsi adalah tentang gerak kerja mereka sehingga berjaya. Mereka mempunyai matlamat dan lebih penting lagi mereka tahu bagaimana untuk mencacapinya. Mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan.

Kamu ada matlamat. Itu aku pasti! Tapi kamu tahu bagaimana nak mencapainya? Apa tindakan yang harus diambil? Aku rasa kamu sendiri pun kurang pasti.

Kebanyakan warga indonesia yang berjaya di Malaysia mereka yang berniaga, terutamanya di Pasar- pasar Malam. Apa yang aku tahu konsep mereka mudah sahaja. Mula- mula mereka dapatkan 1 tapak di pasar malam. Katakan mereka dapat untung RM 50 semalam. Maka mereka akan upah kawan- kawan senegara mereka untuk menjual di situ. Keuntungan akan dikongsi dua. Kalau RM 50, dapat RM 25 seorang.

Kemudian, dia akan bukak satu lagi tapak di pasar malam yang lain pulak di hari yang sama. Di sinipun katakan untung RM 50 semalam. Jadi pendapatannya dah jadi RM 75 semalaman (RM 50 di jual sendiri + RM 25 kongsi untung di tapak asal).

Bila dah stabil, dia akan upah kawannya yang lain pula. Dia akan buat perkara yang sama, buka satu lagi cawangan. Pendapatan dia akan jadi RM 100 sehari. Begitulah seterusnya, jika dah ada 6 cawangan pendapatan RM 200 sehari.

Yang pastinya, semua pendapatan ini tidak akan dibelanjakan. Sebahagiannya disimpan dan sebahagian besarnya pula dihantar kepada keluarga. Tahun dianggarkan RM 18 billion, duit kita keluar ke luar negara. Kalau dia dapat simpan RM 40 sehari (dari RM 200 pendapatan sehari), sebulan RM 1200 dan setahun RM 10,800.

Satu contoh lagi EDAM Burger di Indonesia Sendiri. Sehingga hari ni, tokey dia tidak tahu berapa banyak gerai yang dia ada. Tapi yang pastinya lebih 3,000 gerai di seluruh Indonesia yang dia ada. Konsep yang dia gunakan adalah perkongsian. Mula- mula dulu, orang- orang miskin, suri- suri rumah dan penganggur yang takde kerja diajak jual burger dia. Modal awal dia bagi untuk buka gerai.

Kiralah sendiri. Kalau dah ada 3,000 gerai. Kalau setiap satu gerai hanya bayar untung RM 1 sahaja kepada tokeynya, dia dapat RM 3,000 SEHARI. Bagaimana kalau RM 2, RM 5 atau RM 10?. Bukan mustahil nak dapat RM 30,000 sehari.

Sangat menarik kalau korang nak kaji pasal kejayaan EDAM Burger ni. Terutama perjuangan dia pada peringkat awal dengan membantu orang- orang yang susah.

EDAM sempena nama pemiliknya MADE.

No comments: