Contohnya, sebagai seorang pensyarah katakan kamu ingin mencapai status profesor. Kamu mesti tahu segala aspek berkaitan professor. Aku ambil contoh ni sebab sewaktu mula- mula kawen dulu, aku tanya orang rumah aku. Kemana halatuju dia. Dia kata dia minat bidang akademik. Jadi kami rangka kerja semuanya di dalam bidang akademik. Aku cabar dia, kalau mahu masuk bidang akademik... buat sampai capai kejayaan tertinggi dalam akademik iaitu professor dan sekarang ni aku dorong dia untuk buat research yang boleh memberikan sumbangan kepada masyarakat. Fokus kami sekarang ni untuk bantu bagaimana meningkatkan pendapatan rakyat miskin dan membantu IKS. Applied Research....
Mula- mula dulu,kerja sebagai guru sambilan / guru ganti sebab itu je kerja dibidang akademik yang mudah dapat pada waktu tu. Lepas tu dapat mengajar di sekolah menengah arab (swasta). Kemudian mengajar di kolej swasta PTPL dan akhirnya berjaya menjadi pensyarah di UiTM Kelantan.
Mungkin bagi sesetengah orang, jawatan ni jawatan idaman mereka dan bila dah capai mereka rasa cita- cita dah tercapai. Bagi kami, ini hanyalah permulaan. Baru langkah pertama. Sebelum ni hanyalah proses meniarap, merangkak dan bertatih.
Bila fokus kepada Professor mungkin aspek- aspek yang perlu diambil tahu, antaranya:
a) Apa itu jawatan professor sebenarnya.
b) Apa bidang tugasnya.
c)Bagaimana ia dilantik
d) Apa kreteria perlantikannya
Matlamat utama anda adalah untuk mencapai jawatan professor. Matlamat semasa anda adalah untuk memenuhi kreteria sebagai seorang professor. Katakan syarat untuk jawatan professor perlu ada 5 artikel yang dipublishkan di International Journal, fokuskan usaha, tenaga dan masa anda untuk menyiapkan 5 artikel tersebut.
InsyaAllah matlamat sebenar anda akan tercapai dengan sendirinya.
Aku pula akan berjuang dalam bidang perniagaan. Aku fokus untuk capai ke kemuncak di dalam bidang berkenaan. Ada syarikat, ada yayasan dan boleh membantu umat islam yang susah, boleh menyumbang kepada masyarakat. InsyaAllah aku akan berada disana......
Rangka kerja aku, sepertimana yang aku tulis dalam artikel “Apa Rancangan Aku untuk Menjadi Jutawan”.
No comments:
Post a Comment