Wednesday, September 16, 2009

WHERE AM I GOING

Saya sentiasa percaya yang saya akan menjadi JUTAWAN!. Perasaan ni sama macam perasaan kita lepas kita jawab exam, kita rasa kita akan lulus berdasarkan jawapan yang telah kita berikan. Begitu juga dengan saya. Berdasarkan pengalaman dan track kehidupan saya sebelum ini, yakin saya berada di landasan yang betul untuk lahir sebagai seorang Jutawan. Sebelum itu, saya harus membetuk fikiran saya untuk berfikir sebagai fikiran seorang Jutawan.

Saya yakin segala yang saya lalui sehingga kini adalah tarbiyyah dari Allah, sebagai persediaan saya untuk berjaya. Saya juga yakin seandainya kejayaan diperolehi dengan terlalu mudah, suatu hari nanti kita akan hancur disebabkan asas- asas yang tidak kukuh!. Sekarang saya banyak menuju ke arah kejayaan, iaitu dengan mengkaji sejarah dan latarbelakang para Jutawan, belajar ilmu- ilmu perniagaan, jualan dan pemasaran, pengurusan kewangan, pelaburan dan tidak lupa buku- buku motivasi.

Saya merancang untuk mengumpul aset di dalam bentuk hartanah. Saya akan banyak membeli aset yang mampu menjana pendapatan untuk saya atau sekurang- kurangnya ia mampu cover bayaran bulanan pinjamaan untuk aset tersebut. Akhirnya, kesemua aset- aset ini akan menjadi milik penuh saya seolah- oleh diperolehi secara “percuma”. Antara yang terdapat di dalam perancangan saya adalah untuk membeli tanah kebun kelapa sawit dan getah, lot tanah padi yang luas yang akan diusahakan secara komersial dan berteknologi tinggi serta rumah- rumah sewa.

Saya akan usahakan business pertama ini bersama Prudential dengan bersungguh- sungguh sehingga berjaya. Kejayaan busines pertama ini akan menjadi platform untuk saya kembangkan dan bangunkan perniagaan lain. Saya akan membangunkan empayar perniagaan saya, menjadi konglomerat yang berjaya dan tersenarai di dalam senarai Billionaire dunia.

Sebenarnya pada tahun 2005 saya telahpun menyenaraikan matlamat saya dengan jelas dan saya tulis dan framkan dalam satu sijil. Saya mahu dan yakin akan mencapai matlamat ini, iaitu pada tahun 2025 saya akan mempunyai perniagaan di darat, di laut dan di udara. Di darat saya ada Azman Perdana Properties, Azman Perdana Agriculture dan Azman Perdana Industries. Di lautan saya juga mempunyai perniagaan iaitu Azman Perdana Shipping Corp. dan Azman Perdana Fisheries. Di udara saya akan membangunkan Azman Perdana Travel and Tour dan Azman Perdana Sky School. Satu daripadanya telahpun dapat direalisasi hanya dalam tempoh tahun selepas saya menulis matlamat ini.

Sebenarnya saya sudah tidak kesah dengan kesusahan yang saya alami sekarang untuk mencapai matlamat saya kerana saya sedar kesenangan yang akan saya perolehi 20 tahun akan datang. Sebab itulah saya tidak irihati dengan mereka yang tertipu dengan kesenangan sekarang tetapi tidak sedar akan kesusahan yang akan ditanggung mereka dan generasi mereka 20 tahun akan datang. Sesungguhnya sebab inilah yang mendorong saya untuk berjaya di dalam perniagaan.

No comments: