Saya baru 4 bulan pindah balik ke Kelantan untuk menubuhkan Barokah Food Industries dan membangunkan kilang memproses mee kuning di Machang, Kelantan. Semuanya berjalan mengikut perancangan yang telah saya tetapkan sebelum ini. Saya amat berharap hasrat saya untuk membantu ahli keluarga dan masyarakat setempat dapat direalisasikan melalui Barokah Food Industries ini.
Saya juga mengikat kontrak dengan Kolej Cosmopoint Kota Bharu sebagai tenaga pengajar (freelance) untuk Corporate Training di syarikat tersebut.
Di sinilah saya bertemu dengan Saudara Muhd Amin, orang yang memperkenalkan saya dengan Prudential. Saya dapati Prudential mempunyai daya synergy dan menawarkan peluang untuk berjaya.
Jika dibanding dengan kawan- kawan saya yang sama- sama keluar UUM pada tahun 2000, pencapaian saya boleh dikatakan agak ketinggalan dari segi pendapatan. Purata pendapatan mereka adalah sekitar RM 4000 – 5000 sebulan. Walaupun sedemikian, saya yakin peningkatan gaji mereka akan lebih perlahan memandangkan semakin lama mereka semakin menghampiri puncak piramid hierarki jawatan di dalam organisasi. Ini menyebabkan persaingan untuk kenaikan pangkat semakin tinggi semakin sengit persaingannya.
Berbeza dengan bisnes. Napolean Hill ada menulis dalam bukunya Think and Grow Rich: “Jika kekayaan mulai datang, maka datangnya begitu cepat, berlimpah ruah sehingga orang kehairanan dimana semua harta itu bersembunyi selama tahun- tahun kemiskinan ini”.
Sunnatullah yang menetapkan sedemikian, sepertimana janjiNya di dalam surah Al- Insyirah “Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap- tiap kesukaran disertai dengan kesenangan”. Kebiasaannya sesuatu perniagaan akan bersusah payah dahulu, tetapi apabila berjaya kejayaan akan dating bercurah- curah seperti hujan.
Apa yang saya paling suka di dalam perubahan saya setelah menceburi perniagaan adalah perbezaan yang amat ketara dalam kebergantungan kepada Allah. Setiap masa kita berserah kepadaNya kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok. Dimana rezeki kita akan perolehi juga kita tidak tahu. Apa yang saya tahu, kita usaha, sepertimana yang dikehendakiNya. Berbeza orang makan gaji, mereka yakin dengan pendapatan hujung bulan mereka.
Saya juga melihat perubahan di dalam melihat dan mengurus kewangan. Bagi saya budaya hidup sebagai peniaga akan banyak membantu di dalam kejayaan diatas dunia ini.
1 comment:
beza makan gaji dan berniaga ni memang jauh. mcm yg cikman sebut mengenai kebergantungan kepada Allah.
Bg yg bekerja makan gaji, kna byk2 beringat kerana mungkin boleh jadi syirik kepada Allah kerana percaya kerajaan/majikan yang bagi rezeki. hingga ada yang boleh kuarkan ayat "kalu tk makan gaji, nak makan apa?, keje nga kerajaan la sene, mace2 mudah buleh".. seolah-olah kerajaan yang bagi rezeki.. atau dengan kata lain utk berada di "ZON SELAMAT"
hmm.. ni realiti yg berlaku terutama bila yg penah bekerja makan gaji ambil keputusan untuk bekerja sendiri. Berat sebenar tanggapan sebegitu.
Post a Comment