Banyak masa yang terluang ni, teringat masa mula- mula buat bisnes dulu. Aku berenti kerja, beli van sebijik (Ford Econovan). Mula – mula aku jual roti. Ambil roti dari kilang Roti Suria di Tanah Merah, Jitra Kedah. Hantar ke kedai- kedai sekitar Sungai Petani. Dari situ aku mula belajar bisnes.
Kawan- kawan selalu tanya kenapa aku niaga edar roti?. Sedangkan kelulusan aku bidang IT. Kenapa tidak buka kedai komputer atau sewaktu dengannya.
Sebenarnya, dalam semua perkara yang aku buat, aku suka bermula dari ‘Basic’ (Asas). Aku percaya, apabila kita berjaya menguasai Asas bagi sesuatu bidang, dengan mudahnya kita boleh kembangkan. Sama macam programming dan networking, bidang aku dulu. Bila dah kuasai asas datanglah teknologi baru macam- mana sekali pun, dengan mudah aku mampu kuasai teknologi tersebut.
Dalam bidang bisness aku percaya, asas bagi perniagaan adalah “trading”. Aku jadi pengedar, di sini aku boleh belajar tentang Pemasaran, perkara paling penting di dalam perniagaan. Produk canggih macam mana sekali pun, bagus macam mana sekali pun, tapi kalau tak boleh pasarkan takde maknanya.
Aku juga dapat belajar corak perbelanjaan pengguna. Musim- musim dalam perniagaan, contohnya bulan Ogos, apa yang paling laku, bulan Januari pulak apa yang paling pengguna perlu. Musim banjir, musim kemarau dan musim perayaan. Semuanya mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna. Ini yang menyebabkan perniagaan ada pasang surutnya.
Selain tu, secara tidak langsung aku dapat belajar segala aspek perkilangan, sebab aku ambil barang direct dengan kilang. Abang Din, tokey kilang yang paling pemurah pernah aku temui, moga Allah murahkan rezeki beliau, banyak membantu aku.
Semasa buat pemasaran pula, aku banyak bergaul dengan tokey- tokey kedai. Banyak juga yang boleh belajar. Ada tokey cina yang ajar aku cara mengendalikan business dengan cara sistematik. Toche sifu.... Peniaga Melayu, rata- rata tidak ada sistem di dalam perniagaan. Tak heranlah mengapa busines mereka tidak boleh bertahan lama. Banyak cerita yang boleh dikongsi, tapi bab ni kita bincangkan kemudian.
Dalam masa aku berniaga ni la, ramai kawan- kawan yg nampak simpati pada aku. Bagus, tak ada salahnya kalau nak menunjukkan simpati, lebih- lebih lagi bila tengok kawannya dalam kesusahan. Tetapi kadangkala simpati ni boleh membunuh semangat.
Kesusahan aku ni kesusahan sementara, kesusahan fitrah selari dengan janji- janji Allah:
“Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kesenangan”.
Pepatah melayu juga menyebut “Bersusah- susah dahulu, bersenang- senang kemudian”.
Sebabtulah aku katakan pada kawan aku ni “Jangan tengok Aku sekarang, tengok lah aku 20 tahun akan datang, aku yakin masa tu aku dah jadi Jutawan. 20 tahun akan datang, bila aku dah berjaya jangan pula tengok aku masa tu, tapi tengoklah apa yang aku lakukan sebelumnya (sekarang)”.
4 comments:
Bagus artikel ni, keep up the good work
aku nak link dari blog aku lah, boleh ek
slam Cik man..Yuhanis ni...xkenal xpa, xkecik ati..
bagus la Cik tabik spring kat cik mann..
Hisyam,
Thanks, naklink takde masalah. InsyaLlah ana akan share research2 ana pasal ekonomi. Skg ni dah berubah bidang, minat dlam pelaburan. :)
Yuhanis.
Kenal, geng "budak- budak nakal", cikgu mana yg tak ingat :) .
Post a Comment