Wednesday, April 1, 2009

Belajar Ekonomi

Alhamdulillah, sekarang aku tengah belajar tentang ekonomi. Sekali lagi aku merasakan kegawatan adalah satu peluang. Disebabkan kegawatan media- media massa banyak perkatakan tentang ekonomi. Berita- berita ekonomi menjadi berita penting. Wawancara, forum, diskusi tentang ekonomi hampir setiap hari dianjurkan dan disiarkan di radio dan televisyen. Mungkin disebabkan ini jugalah yang mendorong aku untuk mendalami tentang ekonomi.

Berita- berita ni juga banyak membantu aku memahami tentang ekonomi. Kalau ada pengumuman dibuat dan aku tidak faham mengenainya.. aku akan buka internet dan buat kajian!. Kalau dulu jarang- jarang sekali kedengaran tentang OPR (Overnight Policy Rate), BLR dsb yang berkaitan dengan Bank dan Interest. Tetapi sekarang ni dalam tempoh 3 bulan 3 kali OPR diturunkan. Selepas pengumuman penurunan dilakukan, maka berita- berita dan komen- komen pakar pasti menyusul. Ada yang kata macam ni dan ada pula yang kata macam ni. Dari sinilah aku cuba memahami. Aku mula belajar dan akhirnya aku mulai faham kesannya kepada pelabur, peminjam, instutusi perbankan dan sekaligus ekonomi negara.

Sekarang ni aku tengah study tentang petunjuk ekonomi seperti Gross Domestic Product (GDP), Consumer Confidence Index (CCI), Consumer Price Index (CPI), Housing Starts, Factory Orders Report dan sebagainya. Aku study bagaimana untuk mendapatkannya, dari mana sumbernya, bila dikeluarkan, bagaimana untuk membaca, mentafsir dan menganalisanya, mengkaji apa yang diceritakan tentang keadaan ekonomi dan kesan terhadap ekonomi dan pelaburan.

Sedikit sebanyak, dalam diam- diam tanpa disedari, aku mula faham tentang pasaran modal, pasaran derivative, pasaran komoditi dan pasaran matawang... hasil kajian- kajian terdahulu.Walau bagaimanapun aku sedar ini hanya permulaan. Baru di permukaan. Baru kulit. Banyak lagi yang perlu dikupas, baru boleh merasa isinya. Kemudian, ambil bijinya dan semaikan. InsyaAllah dari satu biji akan jadi 2, 4, 8 pokok yang akan menghasilkan berjuta- juta buah.....

Akhir sekali aku harap sesiapa yang mempunyai pengetahuan atau apa saja yang mahu dikongsikan.. ada baiknya Blog aku ni dijadikan Forum.. gunakan kemudahan KOMEN tu untuk korang beri pendapat dan ilmu yang korang miliki. Aku amat- amat mengalu- alukannya!.

1 comment:

azizi said...

model ekonomi mampu terangkan keadaan secara relatif, tetapi kadangkala mengabaikan konsep realiti. Tapi ianya logik, tanpa andaian, mana mungkin satu teori dapt dihasilkan. Semakin hari dunia semakin kompleks, hasil perkembangan teknologi.

Berdasarkan hasil penyelidikan aku yg lepas (pasal business collapse), satu perkara yg tidak boleh diambil mudah adalah konsep dalam tindakbalas pasaran. Ianya tidak semestinya bercorak linear (maksudnya kalau x naik, y naik), tapi agak kelam-kabut (chaotic). Bergantung juga keadaan yg dikaji. Tentu sekali teori dapat memberi sedikit gambaran bagaimana mekanisma ekonomi secara global berfungsi. ;-)