Kronologi Kes:
11 Sept 09:
- Berlaku kemalangan di Pulai Chondong, melibatkan sebuah Proton Wira dan Mitsubishi Storm. Kemalangan berlaku apabila Strom pecah tayar lalu memasuki laluan bertentangan, bertembung dan menghempap Proton Wira.
- Akibatnya, kedua- dua pemandu dan penumpang Proton Wira cedera parah dan tidak sedarkan diri. Mereka dihantar ke Hospital Kota Bharu. -
- Pemandu Proton mengalami:
1. Patah tulang tengkuk (C2 & C3)
2. Patah tulang paha
3. Hati pecah sedikit dan membengkak
4. Limfa pecah sedikit dan membengkak
5. Luka- luka
12 Sept 09:
- Ahmad Hishamuddin (Bos) dimaklumkan tentang kemalangan ini. Pergi melawat mangsa di HKB sejurus mendapat berita.
13 Sept 09:
- Aku, Bos dan Dr. Shamsul Kahar (Pakar Ortopedik Hospital Pakar Perdana) melawat mangsa untuk menyemak rekod pesakit dan urusan transfer mangsa ke Hospital Pakar Perdana.
- Aku terharu apabila Ayah mangsa menyatakan "Jual Tanah pun Jual tanah lah, yang penting mangsa selamat", apabila disebutkan tentang kos rawatan yang diperlukan.
- Kos rawatan dijangka mencecah RM 30,000.
- Ayah mangsa terkedu apabila diberitahu, segala kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya.
14 - 16 Sept 09:
- Mangsa tidak dapat dipindahkan kerana keadaan mangsa yang tidak sesuai dan belum mendapat kebenaran dari Doktor HKB yang merawatnya. Perlu menunggu Hati dan Limfa beransur sembuh (akan sembuh sendiri, seperti luka di tangan)
17 Sept 09:
- Mangsa berjaya dipindahkan.
19 Sept 09:
- Pembedahan tulang paha dan tulang tengkuk dijalankan. Alhamdulillah dengan jayanya.
25 Sept 09:
- Mangsa dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana.
- Bil rawatan sebanyak RM 31,500 dibayar melalui Kad Rawatan (Medical Card Prudential) Mangsa.
- Mangsa mendapat Elaun Wad (Hospital Benefit) RM 2,600.
29 Sept 09:
- Melawat mangsa di rumah (Pulai Chondong).
- Menyelesaikan urusan claim elaun MC disebabkan kemalangan. Dianggarkan RM 4,000.
Alhamdulillah aku amat puas hati dengan perjalanan kes ni. Paling puas apabila dapat mengembalikan keceriaan ahli keluarga mangsa disaat- saat mereka dalam kesulitan. Walaupun kami baru mengenali mangsa baru 3 bulan, dan mangsa hanya menyertai Medical Card Prudential ini baru 3 bulan, tapi kini kami dirai seperti keluarga apabila berkunjung ke rumah.
Terima kasih.
----------------------------------------------------------------------
p/s: Mungkin ramai yang tahu terdapat lebih 100 buah Hospital Pakar di Malaysia. Namun tidak ramai yang mendapatkan rawatan di sana kerana bimbang kos yang mahal dan terpaksa membayar Cash. Ini satu persepsi yang silap.
Matlamat kami adalah supaya setiap oramg mampu mendapatkan rawatan terbaik apabila mereka amat- amat memerlukan.
Nota: 3 KAEDAH BAYARAN YANG DITERIMA OLEH HOSPITAL PAKAR:
- TUNAI (CASH) – Hanya orang- orang kaya sahaja yang mampu.
- GL (Guarantee Letter) – Hanya orang yang bekerja di Syarikat gergasi seperti TNB, TM, Petronas dll yang mampu)
- MEDICAL CARD – Sesiapa sahaja mampu.
Kami ingin pastikan anda juga boleh mendapatkan rawatan terbaik di Hospital Pakar. Bil rawatan anda yang mungkin mencecah RM 10,000. RM 30,000 atau RM 50,000 boleh dibayar dengan menggunakan MEDICAL CARD.
SMS : MC
TEL : AZMAN BIN A AZIZ (016-9864989)
Email: kadrawatan@gmail.com
Website: http://kadrawatan.blogspot.com/
5 comments:
Salam Tuan..
Syukur alhamdulillah.Yer saya tahu kes ni...
Salam Doc.
Thanks atas bantuan Tuan mlm tadi. Kawe cuba aturkan Appointment pesakit dgn Dr. Zaki. (Ready utk operate, dokumen sume dah sign).
p/s: Ada masalah kawe call demo balik. Bereh.
Pesakit yang kawe tolong uruskan ni dah meninggal tuan.
Jatuh tepat pada hari appointment.
Semoga terus gigih membantu orang Melayu memiliki takaful kesihatan.
InsyaAllah.. dah tugas kita Erol
Post a Comment