Thursday, November 22, 2012

Achieved Goal Automatik


Seminggu dua ni ramai yang bertanya pasal

GOAL SETTING

Mungkin sebab baru masuk Tahun Baru Hijrah
Dan lagi sebulan nak masuk Tahun Baru Masihi pulak



So, hari ni nak sentuh topik:
Macam mana nak ACHIEVED GOAL secara AUTOMATIK

Maksudnya, bila set je GOAL dapat. 
Set lagi satu GOAL dapat. 
Set lagi satu GOAL pun dapat.
 
Dan dia akan dapat secara AUTOMATIK
Macam Autopilot




Cemana nak Achieved Goal  Secara Automatik?

Perhati contoh ni baik- baik


Cuba ingat balik masa MULA- MULA belajar MEMANDU

Nak tekan CLUTCH kena Pikir
Nak tekan BREAK kena Pikir
Nak masuk GEAR kena Pikir
Nak bagi SIGNAL kena Pikir
Semua benda kita kena Pikir


Sekarang dah mahir memandu


Sambil- sambil berbual


Sambil- sambil telefon, mekap lagi

AWAS: Jangan tiru aksi- aksi diatas, salah

Sambil- sambil makan @ minum
Sambil- sambil pikir masalah kerja


Alih- alih dah sampai. 
Kita tak payah pikir pun bila nak masuk gear, 
nak tekan clutch, nak tekan break, nak bagi signal.

SEBAB

Proses Memandu dah jadi AUTOMATIK

Macam mana boleh jadi Macam TU?
Kena paham MACAM MANA MINDA KITA BEKERJA


Okey


MINDA dibahagi kepada 2

#1: Minda SEDAR
Minta FIKIR (definisi Prof Muhaya)
Minda MANUAL (defenisi aku sendiri)

Buah fikiran yang ada kat sini hanya akan terlaksana 
bila kita kena FIKIR nak buat, baru dia buat


#2: Minda SEPARA SEDAR
Minda TABIAT (definisi Prof Muhaya)
Minda AUTOMATIK (definisi aku sendiri)

Program minda yang ada kat sini akan dijalankan secara automatik. 
Kita TAK PAYAH FIKIR, dia jalan sendiri



Oleh kerana kita BARU belajar MEMANDU
Maka, segala proses memandu spt Masuk Gear, Tekan Clutch, 
Tekan Break, Bagi Signal MASIH berada dlm minda SEDAR/ FIKIR/ MANUAL

So, nak buat semua tu kita akan terkial- kial, tercari- cari. 
Kena FIKIR dulu baru boleh buat


Bila dah MAHIR Memandu
Sebenarnya, segala proses memandu spt Masuk Gear, Tekan Clutch, 
Tekan Break, Bagi Signal TELAH berada dlm minda SEPARA SEDAR/ TABIAT/ AUTOMATIK

So, nak buat semua tu kita tak perlu FIKIR dah


BAGAIMANA 
Proses Memandu tadi telah diprogramkan 
ke dalam Minda Separa Sedar/ Tabiat/ Automatik?

Hanya satu cara:

REPETITION @ PENGULANGAN

Kita buat, buat, buat hari- hari.....
Lama- lama jadi Tabiat
Lama- lama jadi Automatik


Okey... ada masalah sikit
Itu kalau Aktiviti Harian, macam memandu
Bolehla kita buat, buat, buat, hari- hari

Macam tukang taip. Hari- hari menaip,
lama - lama tak payah tengok Keyboard


Masalahnya
GOAL @ TARGET kita bukan Aktiviti harian
Macam mana nak ulang2 buat?

Goal mesti benda yang belum kita dapat. 
Benda yang di hadapan
Benda yang belum berlaku

Contoh: Goal kita nak jadi Jutawan. Sekarang ni kita belum Jutawan
Contoh: Nak beli BMW. Sekarang ni kita belum beli lagi


Cemana nak buat?


Okey, kat sinilah amat- amat memerlukan proses 
INTERNALIZATION

iaitu:
Cara untuk pasang @ programkan GOAL kita ke dalam
Minda Separa Sedar/ Minda Tabiat/ Minda Automatik

Banyak tool yang kita boleh gunakan spt
Visualization
Vision Board
Autosuggestion
Personal Mission Document dsb

Proses Internalization ni la ramai yang tak tahu
Sbb tu ada GOAL tak capai
Ada Vision Board tak berkesan
Ada Autosuggestion tak jadi jugak


Okey, panjang sangat dah. Nanti Next Entry sy citer pasal proses INTERNALIZATION ni


Contoh bagaimana saya gunakan proses ni untuk dapat BMW
Klik link bawah ni:



Walaubagaimana pun JANGAN LUPA tentang 
KUDRAH & IRADAH ALLAH SWT

Ini hanyalah sebagai USAHA selari dengan SUNNATULLAH
Kita Hanya Merancang, Allah Yang Menentukan


p/s: Sebar- sebarkan entry ni kat sahabat- sahabat yang
nak belajar Achieve Goal



No comments: