Siapa Saya




"Saya Berniaga Sebab Ingin Tinggalkan Sesuatu kepada Anak- Anak.
Zaman kita, kita rasa struggle untuk hidup, untuk cari kerja.
Bayangkan 20 tahun akan datang, Zaman Anak- Anak kita.
Saya merasakan menjadi satu kewajipan untuk saya menyediakan
asas yang kukuh untuk keluarga, bangsa dan agama


Paling Penting Untuk mencari Redha Allah
Untuk itu kita HARUS BERKORBAN!"


. : SIAPA SAYA : .
Lecturer Pencen! setengah tu masih panggil saya Cikgu

Berhenti kerja makan gaji tahun 2004. Start business. Bermula dari "kosong"
(memang prinsip saya, bila nak buat sesuatu kena fahami prinsip- prinsip asas)


Mula belajar berniaga dengan membeli van "cabuk".
*lebih kurang camni lah van pertama

Ambil barang dari kilang dan edarkan ke kedai- kedai.

Dari situ saya mula memahami Asas- Asas Perniagaan

Saya belajar marketing, bagaimana nak approach orang, 

bagaimana nak yakin orang dengan produk kita, bagaimana nak iklan, 
nak ambil order, recording, nak kutip hutang, nak kira kos dsb.
(Silibus dalam buku banyak yang tak boleh pakai)

Oleh kerana saya menjadi Pengedar (Orang Tengah), maka secara tidak langsung saya juga mula memahami aspek Perkilangan dan Peruncitan.

Tahun 2007, saya membuka kilang saya sendiri.
Kilang Mee Kuning Barokah



Production 1 Tan sehari


Mee Siap

Alhamdulillah, business ni menarik. 
Sebab B2B (Business to Business)

Maksudnya, produk saya adalah bahan mentah untuk perniagaan orang lain
Mee saya, bahan perniagaan
Kedai Makan, Kedai Runcit, Kedai Bahan Basah,
Pasar Borong, Kedai Mee dsb
Dari segi permintaan tiada masalah

Tetapi saya terlalu penat, semua nak kena fikir sendiri.
Marketing, Management, HR, Production, 

Financial, Collection, Distribution dsb

Sekarang baru saya sedar, rupanya saya TIDAK BERJAYA menjadikan
perniagaan saya supaya berjalan dengan AUTOMATIK & SISTEMATIK
Perniagaan Yang Tiada Sistem

Dari sudut income, bagus. Tetapi saya tiada masa langsung. 
Tiap- tiap hari bekerja tidak boleh cuti. 
Kalau saya cuti business orang lain terjejas 
atau saya kehilangan pelanggan.

Dua tahun hidup saya hanya kat
 Rumah - Kilang - Pasar


Tahun 2009, menyertai Prudential BSN Takaful sebagai Perunding Kewangan.
Alhamdulillah disini berjumpa bisness yang sangat HEBAT
(mungkin sebab bisness sebelum ni susah, terpaksa kerja keras)


Jadi saya merasakan business nilah paling senang

just

See People, See People, See More People
Drink Coffee, Tell Story, Make Money

Paling penting, Prudential menyediakan SISTEM yang lengkap
InsyaAllah dengan SISTEM ni sesiapa yang menyertai Prudential 
insyaAllah senang untuk berjaya

Just FOLLOW THE SYSTEM

Macam Franchise Business, semua dah ada. Kita hanya perlu FOLLOW.
Traning, Coaching, Monitoring semua lengkap 


Alhamdulillah. Bulan ke 18 berjaya memiliki

BMW 525i

7 comments:

Zaidil said...

Assalamualaikum, macam2 pengalaman dah tuan lalui. Mungkin dulu ada yang memandang lekeh, pasti dah terbeliak mata sekarang ni.

MATLAMAT itulah arah tujunya. Akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah.

Semoga kita sama2 berjaya....

Waqaf Ilmu said...

InsyaAllah Tuan Zaidil.

Tuan mungkin dapat saksikan bagaimana saya bermula dan bagaimana saya sekarang....

Waktu saya bermula dulu orang pandang lekeh, ada yang simpati, saya cuma boleh kata:

"Jangan tengok aku sekarang, tapi tengok aku 10 tahun akan datang"

Sekarang ramai yang kata saya dah berjaya (hakikatnya belum) saya cuma boleh kata:

"Jangan tengok aku sekarang, tapi tengok aku 10 tahun lepas, bagaimana aku bermula"

Alhamdulillah. MATLAMAT YANG JELAS yg menyebabkan kita tidak akan berputus asa dan tewas dengan pandangan- pandangan negatif orang.

Unknown said...

Salam..

Me, mee tu stop doh ko?...sambung balik la..kito setting balik..boleh bui rezeki ko anok beranok hok tiada kemampuan nok buat bisnes insuran..tp mungkin ado kudrat utk bisnes mee....

berehh..

Waqaf Ilmu said...

Hehehee kalo buleh lepas gitu takpo Pok.

Masalahnya kalo kawe tak buat gak. X jalan. Tu yg peoblem tu

RozaliMU said...

alhamdulilah... bolehla saya jadikan inspirasi.

Waqaf Ilmu said...

InsyaAllah tuan Rozali. Moga ada manfaat

Waqaf Ilmu said...

Hehehee kalo buleh lepas gitu takpo Pok.

Masalahnya kalo kawe tak buat gak. X jalan. Tu yg peoblem tu