Selama 10 tahun bekerja sebenarnya kita dah memperoleh pendapatan sebanyak RM 360,000 (RM 3,000 X 12 bulan X 10 tahun). Tapi sikit pun tak boleh nak simpan. Usahkan 10 % (RM 36,000), nak dapat 3% (RM 10,800) untuk simpanan pun susah.
Semuanya gara- gara cara hidup. Aku pasti, gaji RM 3,000 korang rasa sikit sangat kan. Sebab tu tak cukup untuk cover belanja harian. Tapi jangan terkejut NST Oktober 2008 (tarikh aku tak ingat) melaporkan semakin ramai golongan profesional spt doktor dan peguam yang mula berhutang dengan Along, semata- mata nak jelaskan ansuran rumah, kereta dan kad kredit. Gaji mereka? Bukan RM 3K, tapi RM 30K.
Jadi, bukan gaji masalahnya, tapi gaya hidup. Cara kita menguruskan perbelanjaan harian tidak kena. Semuanya terikut- ikut dengan gaya hidup sekarang yang pada pandangan aku, lebih banyak perangkap jika tidak berhati- hati.
Seorang kawan aku gaji RM 6,000 , masih dibebani hutang. Setiap bulan terasa risau, sebab banyak benda yang perlu dijelaskan. Tiap hari dok fikir nak cari kerja lain. Gaji lebih siket katanya. Bila kepala dah pecah dua, apa jadi dengan produktiviti, tentunya menurun. Otak kita bukannya parallel prosessing....
Waktu beli kereta sebagai contoh, kita biasa fikir soal installment saja. Gaji RM 3,000. Ansuran Rm 900 takkan tak boleh bayar. Rumah RM 700 sebulan, okeylah. Hujung minggu boring dok rumah, ambik Astro RM 98 je sebulan. Beli peti sejuk ansuran RM 100 sebulan. Gaji RM 3,000 apalah sangat RM 100. Pergi Pesta Perabot berkenan pulak Set sofa. Ada jualan murah, RM 3,000. Buleh ansuran pulak tu. RM 200 je sebulan. Pelanduk dah mula masuk perangkap. Ingatlah Perangkap tidak pernah lupakan pelanduk.
Rata- rata yang terperangkap kerana mereka suka membeli secara ansuran, hutang atau guna kad kredit. Kita rasa murah sebab kita salah buat perbandingan. Kita selalu bandingkan harga ansuran dengan gaji kita tanpa mengambilkira komitmen yang telah sedia ada. Contohnya ansurans RM 58 sebulan tentunya kita mampu untuk bayar. Tak sampai 2% dari gaji. Tapi bila cukup bulan, kita tak boleh bayar, sebabnya kita lupa bayaran- bayaran lain semasa nak membeli.
Kita lupa kereta RM 900, Rumah 700, Peti Sejuk 100, Sofa RM 200. Kita juga lupa duit Petrol, Parking, Tol, Servis, tayar, roadtax, insurans. Belum masuk Bil Air, Bil Api, Bil Telepon. Duit Anak sekolah, makan minum dan banyak lagi.
Kesimpulannya, renung- renungkanlah. Aku malas nak simpulan.
No comments:
Post a Comment