Monday, December 15, 2008

Apa Rancangan Aku untuk Menjadi Jutawan

Sebelum ni untuk menjadi kaya / jutawan aku rasa sangat payah. Tetapi apabila terlibat dengan perniagaan dan setelah mempunyai satu rangka kerja dan perancangan yang jelas, aku rasakan untuk jadi Jutawan sangat mudah. Malah dari hari ke sehari aku rasa semakin hampir untuk menjadi Jutawan. Segala tenaga dan fikiran kini aku fokuskan kearah mencapai matlamat aku.

Selain kaya di dunia, aku juga memohon kehadrat Allah untuk menjadi kaya di Akhirat. Bahagia di dunia, bahagia di Akhirat. Berjaya di Dunia dan berjaya di Akhirat.

Aku jumpa satu konsep penting di dalam perniagaan iaitu Konsep Penggandaan (Leverage). Mungkin konsep ini tidak sama dengan konsep asalnya, tapi aku adaptasikan sesuai dengan kehendak aku.


Langkah Pertama:

Pada masa ini, aku usahakan supaya aku dapat menyimpan sekurang- kurangnya RM 10 sehari. Kalau dapat lebih aku simpan 10%. Sebulan aku dapat simpan sekurang- kurangnya RM 300, setahun RM 3600. Hasil simpanan ini aku akan gunakan sebagai modal dimasa hadapan. Langkah pertama ni cukup senang. Cukup mudah. Hanya perlu istiqmah.


Langkah Kedua:

Pada masa yang sama aku buat kerja- kerja sampingan yang boleh memberikan pendapatan RM 10 sehari sahaja. Aku rasa banyak kerja yg boleh dilakukan untuk mendapatkan upah / untung hanya RM 10 sehari. Walaupun sedikit, tapi hasil usaha ni adalah untuk duit simpanan semata- mata. Cuba ulang Baca.... Pendapatan RM 10 sehari SAHAJA. Walaupun sedikit, tapi hasil usaha ni adalah untuk DUIT SIMPANAN SEMATA- MATA. Jelaaas??

Contoh projek sekarang ni adalah limau nipis. Aku tidak lakukan secara komersial. Memadai dengan manfaat ruang tanah yang sediada sekeliling rumah. Tiada sewa tanah, tiada upah pekerja dan tiada kos overhead yang lain.

Jadi simpanan aku akan menjadi dua kali ganda. Dari RM 10 sehari, kini menjadi RM 20 sehari, RM 600 sebulan dan RM 7,200 setahun. Daripada duit ini aku akan beli tanah- tanah kebun untuk usahakan projek yang lain pula. Aku merangka untuk membeli kebun sawit dan getah. Kedepan simpanan aku jadi RM 30 sehari, RM 900 sebulan dan RM 10,800 setahun.

Mudah kan? Konsep ni dinamakan Multiple Stream Income. Pendapatan datang dari banyak sumber secara berterusan.

Jika kita rancang nak simpan RM 10,800 setahun. Pasti rasa sukar. Tapi kalau nak simpan RM 10 sehari mudah je kan. Kita pecahkan matlamat kita kepada matlamat- matlamat yang lebih kecil. Matlamat kecil ni mudah untuk dicapai dan akhirnya matlamat ni akan membawa kita kepada matlamat yang besar tu.

Jika dapat simpan RM 40 sehari. Sebulan. RM 1,200. Setahun RM 14,400. Aku pasti suatu hari nanti matlamat ni akan tercapai. InsyaAllah. Pada masa itu, aku sentiasa ingatkan diri aku terutamanya, bahawa cabaran yang paling penting sekali adalah “Kekalkan cara hidup yang lama, walaupun pendapatan bertambah:”. Masalah mentaliti orang makan gaji, jika Pendapatan mereka bertambah, perbelanjaan mereka juga bertambah selaras dengan pertambahan gaji. Lebih teruk lagi, gaji nak sikit je, perbelanjaan naik gila- gila.


Langkah ketiga:

Apabila modal aku dah semakin besar. Bayangkan jika dapat simpan RM 14,400 setahun. 20 tahun dah jadi 288,000. Itu baru prinsiple. Hakikatnya duit itu hampir mencecah RM 1,000,000 jika dikiira keuntungan mudharabah.

Pada masa ini, umur aku dalam 50 tahun. Pada masa ini aku aku akan terlibat dengan pasaran modal dan pasaran kewangan secara langsung. Pada saat ni, aku memang menunggu saat- saat kegawatan. Aku mungkin akan melakukan pengambilalihan syarikat melalui pagangan saham.
Disini aku akan praktikkan prinsip- prinsip Value Investment, prinsip- prinsip Benjamin Graham dan Warrent Buffett.

Jadi sebagai persediaannya, sekarang aku mula mengkaji:

a) Apa yang orang kaya lakukan semasa kegawatan ekonomi. Contohnya, Aku dapat tahu orang kaya akan mula menjual saham, hartanah dan segala jenis pelaburan yang berisiko tinggi dan tukarkan kepada portfolio pelaburan berisiko rendah disamping membeli emas. Sebab itulah harga emas naik mendadat kebelakangan ini.

b) Bagaimana untuk membuat duit semasa kegawatan ekonomi. Sebenarnya, ramai yang buat duit semasa gawat.

c) Syarikat mana yang dapat bertahan semasa gawat dan yang akan berkembang dengan cepat selepas kegawatan.

d) Belajar daripada orang- orang yang berjaya.

e) Selain itu, aku mula membaca dan menganalisa prospektus. Initial Public Offering (IPO) prospectus dan aku mula mengikuti perkembangan segala aspek berkaitan pasaran saham, pasaran derivative dan komoditi, pasaran matawang, suruhanjaya sekuriti, bursa malaysia dan sebagainya.

Langkah terakhir ni nampak agak kompleks sedikit. Namun rancangan ni untuk jangka masa yang panjang. Masih banyak masa untuk aku buat kajian dan belajar. Aku yakin aku sudah sedia apabila tiba masanya kelak.

Itulah perancangan aku untuk jadi Jutawan. Apa yang aku harapkan sekarang ni adalah Konsistensi dan Fokus. InsyaAllah aku akan pastikan rancangan ini akan berjaya.

3 comments:

ibu yang comel said...

hoho..che man,
dah makin berjaya nampak skrg..
bagus lerrr,
kalu dah jutawan jgn luper arr kami2 yg sokmo belajar asp ngn che man dulu...
den pon nk kayo gak!
aisyahjasin - batch graduate 2002

Waqaf Ilmu said...

Hehehe....

Ingat, geng2 awak ni mana bleh lupa. :)

YouBaby said...

Semoga dipermudahkn. Sy follow rapat2 in sha Allah