Monday, December 15, 2008

Betullah..... Disebalik kesusahan ada kesenangan

Ada dua cerita aku dapat rezeki 2 kali ganda sempena Aidiladha lepas, Alhamdulillah. Aku bawakan cerita ni semata- mata untuk kita sama- sama berfikir. Sama- sama bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Rata- rata yang aku jumpa merasakan “GAJI TIDAK CUKUP”. Habis berapa gaji mahu?

Cerita pertamanya begini.

Hari raya ke 4 lepas, ada kenduri sepupu di Kok Lanas. Alang- alang dah dekat Kota Bharu, jadi aku pun ke KB, bawa 2 orang adik yg bongsu. Duit ada RM 30 jer dalam poket. Kad Bank, Kad Kredit sumer aku tinggal. Tak plan pun nak ke KB sebenarnya.

Sampai sana, teringat nak belanja Kenney Roger’s kat adik aku dua orang ni. Nak makan kat situ, sure tak cukupnya. Jadi aku pun beli bungkus. Pastu keluar ronda- ronda. Sampai kat taman, aku parking keta. Elok- elok ngadap bungkusan Kenney Roger’s. Masing- masing dah tak sabar dah nak melantak ni.

Bila buka je bungkusan. Tup- tup. Alih- alih. 3 side dishes dan sebuku muffin jer yg ada. Ayamnya takde. Yang nak makan sangat, ayamnya. Dalam hati apa lagi, mula lah nak membengkaknya. Adik adu yg mulanya nampak excited, tiba- tiba senyap. Terkedu. Aku sendiri tak kesah. 2 minggu sebelumnya dah pekena dah KR ni ngan orang rumah & adik aku yg nombor dua.

Kerana kesian kat adik aku dua orang ni, aku patah balik ke Kenny Roger’s. Aku bagitahu kat pelayan, dia lupa letak ayam. Dia minta maaf banyak- banyak. Akhirnya dia bagi ayam 2 ketul (Quarter) dengan muffin 4. Aku kata kat adik aku. Nilah rezeki korang yang Allah dah aturkan. Kita patut sama- sama bersyukur, walaupun susah kena patah balik, tapi kalau tak kerana susah itu, pastinya rezeki kami hari tu seketul untuk dua orang. Bukannya seketul seorang.

Tiba- tiba saja aku jadi sebak, teringat betapa luasnya Rezeki Allah ni dan bagaimana dia datang dengan tanpa disangka- sangka. Aku juga rasa bersalah sebab sebelum ni timbul jugak rasa begang dalam hati.

Cerita kedua, pasal Korban dan Aqiqah.

Mulanya aku ambil 1 bahagian lembu untuk Aqiqah anak kedua. Tiba- tiba, satu hari tu di Radio IKIM.fm, seorang ustaz ada sebut bahawa betapa rugi jika kita buat Aqiqah pada hari raya Korban ni, sedangkan ibadat korban kita tak lakukan. Katanya, ibadat korban hanya boleh dilakukan setahun sekali sahaja, sedangkan Aqiqah ni boleh buat bila- bila masa. Fadilat korban ni pun besar. Jadi katanya, kalau boleh utamakan ibadat Korban.

Akhirnya, aku ubah niat dari nak Aqiqah ke nak buat Korban.Masa tu aku tak bagitahu lagi orang rumah aku. Rasa bersalah pulak pada anak aku sebab niat asalnya nak buat Aqiqah dia.
Malam raya tu, Abah aku telefon. Katanya, ada orang nak bagi 1 bahagian lembu untuk aku. Terpulanglah, nak buat Aqiqah mahupun Korban. Akhirnya, aku terima 1 bahagian lembua dari orang kaya Machang yang korbankan 10 ekor lembu pada hari raya pertama. Daging ni aku niatkan Aqiqah. 1 bahagian lagi aku niatkan Korban. Akhirnya, kedua- dua niat aku tercapai. Alhamdulillah.

Engkaulah Allah yang tidak ada tuhan melainkan Engkau. Tuhan pemilik sekalian alam. Engkau permudahkan rezeki kepadaku. Alhamdulillah.

No comments: