Perinsip asas perniagaan adalah cukup mudah. Beli pada harga murah, jual pada harga yang mahal sedikit. Beza antara keduanya adalah untung kasar. Semasa ekonomi sedang berkembang, sedang rancak, hampir semua harga barangan meningkat kerana permintaan yang tinggi. Lihat saja Minyak Mentah (Crude Oil), hartanah, komoditi serta harga- harga saham.
Begitulah sebaliknya, semasa ekonomi menguncup, harga barangan semakin turun kerana permintaan berkurangan. Selaras dengan itu penawaran (pengeluaran) juga akan menurun.
Jadi, masa bilakah hendak membeli?
Tentunya belilah pada harga yang rendah. Bila masa harga akan rendah? Masa gawat la. Sekarang nilah masa yang sesuai untuk membeli. Itupun sekiranya anda mempunyai wang terutamanya cash yang banyak (Cash is The King – Dalam masa kegawatan). Jika anda faham kitaran ekonomi, tentu anda tidak takut untuk melabur.
Lihat rajah Kitaran Ekonomi.
positif. Pada aku, keadaan macam mana pun pasti boleh buat duit. Cuma persoalannya bagaimana? Bagaimana nak cari duit masa gawat. Apa lagi, bila aku study rupa- rupanya time gawat la ramai yang buat duit.
Aku pernah bersembang dengan sorang teman yang telah melabur di dalam Unit Trust. Dia joint Public China Ittikal (PCI) waktu mula- mula dilancarkan. Sebelum tu dia joint satu lagi dana, dan hanya beberapa bulan sahaja dia peroleh untung. Jadi apabila PCI dilancarkan pada harga 25 sen seunit, dia terus langgan RM 20,000.
Baru- baru ni aku tanya dia, tahu tak berapa harga seunit PCI sekarang ni. Dia kata tak tahu, tapi dia tahu nilai pelaburan dia dah turun separuh.
Kami sama- sama buat pengiraan:
Harga seunit masa mula beli RM 0.25. Dia langgan RM 20,000. Jadi sebenarnya dia membeli sebanyak 80,000 unit (RM20,000 / RM0.25). Maka, kenaikan harga sebanyak 1 sen sahaja akan memberi keuntung RM 800. Begitu juga sebaliknya jika rugi.
Sekarang harganya hanya RM 0.13. Turun sebanyak 12 sen. Maka nilai pelaburan dia sekarang ni tinggal RM 10,400. Rugi sebanyak RM 9,600.
Dia kata Unit Trust ni untuk jangka masa panjang.
Betul, memang betul dan aku cukup- cukup setuju. Lagipun kerugian tu hanyalah kerugian diatas kertas sahaja, selagimana dia masih pegang unit saham tu. Lainlah jika dia menjualnya, dia telah menzahirkan kerugian. Pastinya unit- unit saham ni akan naik semula.
Tetapi
Aku kata kat dia, ko masuk tahun lepas. Lepas setahun, ko rugi hampir separuh. Berbeza dengan aku, aku masuk sekarang. Waktu harga tengah rendah.Beli RM 20,000 jugak tapi dengan harga RM 0.13. Maka aku akan dapat 153,846 unit (20,000 / RM 0.13). Tengoklah betapa berbezanya.
Okey, kita sama- sama jangkakan saham ni akan naik balik. Katakan 2 tahun akan datang saham ni akan balik kepada harga asal RM 0.25. Maka waktu tu kawan saya dah mampu menarik nafas lega, sebab dia dah tak rugi lagi.
Saya pulak..... orang yang paling gembira. Sebab, waktu tu saya bukan saja balik modal tapi untung. Untung sakan.
153,846 unit X RM 0.25 = RM 38,461. Untung RM 18,461. Kawan saya 3 tahun masuk baru balik modal. Saya 2 tahun masuk untung RM 18,461.
Lihatlah perbezaannya.
Okey gtg. Ada berita kematian. Nak kena pergi melawat.
1 comment:
Teruskan Usaha dan Kejayaan Pasti Akan menjadi milik anda.
Drp Cikgu De6 0139476666
Post a Comment