Tapi bila gawat ni, aku jadi heran. Semua orang pakat tak ada duit. Syarikat- syarikat besar pun takde duit, muflis. Malah bank yang berduit tu pun boleh muflis. Aku mula tertanya- tanya, mana perginya semua duit- duit tu?..... Kalau aku tahu, aku akan tunggu duit tu di sana. Aku mula study....
Baru aku paham. Sebenarnya duit- duit tu tak kemana pun. Duit ni, rupa- rupanya terdiri daripada dua element. Pertamanya Cash (Tunai) yang terdiri daripada wang kertas dan syiling. Kat Malaysia aku tak jumpa figure dia, berapa banyak wang kertas dan syiling di pasaran.
Kalau di UK, jumlah cash hanyalah £50 billion. Dengan £43 Billion berada di luar bank dan bakinya £7 Billion lagi berada di dalam simpanan bank.
Tetapi hakikatnya, Cash ni hanyalah sebilangan kecil saja daripada jumlah wang. Selebihnya? Sejumlah besar wang adalah dalam bentuk deposit bank dan dalam bentuk bukan cash. Di UK berjumlah £ 1,800 Billion sebagai bandingan.
Kegunaan utama duit semua orang tahu untuk beli barang. Biasanya untuk pembelian yang besar dan mahal kita tidak gunakan cash. Kita selalunya gunakan duit di dalam akaun bank kita melalui kad debit, kad kredit, standing order dan juga cek.
Semasa anda membeli barangan di Tesco menggunakan kad debit misalnya, akaun anda didebitkan dan akaun Tesco dikreditkan. Transaksi berlaku, duit berpindah dari satu akaun ke akaun yang lain. Tapi cash tidak digunakan. Begitu juga bila gunakan kad kredit. Bila beli barang, akaun kedai dikreditkan. Anda terima bil dan bila anda bayar bil, akaun anda akan didebitkan.
Jadi wang yang selebih tu hanyalah rekod deposit bank.
Paham dah setakat ni?
Keadaan Ekonomi Biasa
Dalam keadaan biasa, bank tahu bahawa hanya sebahagian kecil sahaja duit yang didepositkan ke dalam bank tersebut yang akan dikeluarkan secara tunai. Sebahagian besarnya akan tetap di dalam simpanan bank. Lagipun pada masa yang sama, bila anda keluarkan wang tunai, pasti ada orang lain pula yang menyimpan wang tunai di bank. Jadi deposit banyak2 yang selebihnya tu bank buat apa?.
Jawapannya, bank beri pinjaman kepada individu, syarikat malah kepada bank yang lain juga. Bila mereka belanjakan pinjaman ni di kedai- kedai, akhirnya pekedai ni akan simpan balik duit ni di bank. Deposit yang baru ni akan digunakan pula untuk memberi pinjaman kepada orang yang lain. Jadi di sini, bank sebenarnya telah generate lebih banyak deposit dan pinjaman.
Proses ini akan berulang- ulang. Maka lebih banyak deposit akan dijanakan. Deposit ni pula akan dikira sebagai wang. Jadi wang akan bentambah, tetapi harus ingat cash tidak bertambah.
Macam mana bila gawat
Itu dalam keadaan biasa. Dalam keadaan gawat, bank akan jadi lebih berhati hati dalam memberi pinjaman. Mereka risau jika mereka tidak boleh kutip balik duit mereka. Bila bank tidak mengeluarkan pinjaman, bagaimana anda nak beli rumah? Bagaimana nak beli kereta. Perniagaan juga tidak boleh dijalankan. Bila tidak dapat pinjaman juga menyebabkan kurangnya perbelanjaan daripada pengguna.
Kekurangan perbelanjaan dari pengguna menyebabkan pengeluaran barang- barang akan berkurangan. Akhir sekali, boleh membawa kepada pengangguran. Bila dah jadi penganggur lagi lah susah untuk berbelanja.
Lebih teruk lagi, bila hasil pendapatan syarikat berkurangan, maka kutipan cukai kerajaan akan berkurangan. Ini menyebabkan kerajaan tidak mampu untuk membangunkan negara.
Pelabur juga tidak berminat lagi melabur di negara kita. Melabur mesti mahu untung. Jika barang yang dibuat tidak ada orang nak beli, macam mana mahu untung?.
Deposit- deposit baru juga tidak dapat dihasilkan. Secara automatiknya, duit dalam negara tidak berkembang.
Kemana perginya duit?
Duit anda tidakk kemana- mana. Dia tetap ada di situ. Cumanya ia tidak lagi berkembang. Malah boleh jadi ia mengucup. Nilai dia semakin berkurangan. Nilai aset anda juga mungkin akan berkurang. Katakan rumah anda, waktu ekonomi rancak, semua pakat nak beli rumah, anda juga beli satu dengan harga RM 200,000. Mahal harganya sebab orang berebut- rebut nak rumah. Bila gawat, anda nak balik kampung, sebab dah takde kerja. Nak jual rumah tu, ramai yang dah tak berminat. Kalau berminat pun mungkin tak mampu. Kalau mampu pun mungkin bank tak nak bagi pinjaman.
Akhirnya rumah anda terpaksa dijual murah. RM 130,000 baru ada orang nak beli dan boleh beli. Jadi kat sini nilai aset anda berkurangan sebanyak RM 70,000. Bermakna kekayaan anda telah berkurangan.
Cash tetap ada di situ.
Langkah kerajaan.
Sebab itulah kerajaan menggerakkan kita supaya berbelanja. Langkah terbaru, kerajaan umumkan caruman KWSP dipotong 3%. Supaya rakyat mempunyai lebih wang untuk berbelanja. Dikatakan sekiranya semua pencarum KWSP mengambil opsyen yang ditawarkan ini, RM 4 billion wang boleh dibelanjakan akan terhasil. Ini tentunya memberi sumbangan kepada KDNK negara.
Ada langkah yang kerajaan boleh ambil iaitu melalui Dasar Monetari dan Dasar Fiskal. Panjang untuk aku huraikan.
Aku dah penat. Nak tidor dulu.
No comments:
Post a Comment