Ya Allah yang tuhanku, kurniakanlah rezeki kepadaku,
Jika ada di langit, maka turunkanlah ia,
Jika ada di bumi, maka keluarkanlah ia,
Jika ada di lautan, maka timbulkan ia dan
Jika Payah, maka permudahkan ia.
Amin, amin, amin ya Allah.
Aku akan mempunyai perniagaan samada dilangit, dibumi dan dilautan.
Di Langit:
Azman Perdana Travel & Tour Sdn Bhd
Azman Perdana Skydriver Sdn Bhd
Di Bumi:
Azman Perdana Industries Sdn Bhd
Azman Perdana Agriculture Sdn Bhd
Azman Perdana Properties Sdn Bhd
Azman Perdana Transport Sdn Bhd
Azman Perdana Marketing & Services Sdn Bhd
Azman Perdana Technologies Sdn Bhd
Di Lautan:
Azman Perdana Shipping Corp Sdn Bhd
Azman Perdana Fisheries Sdn Bhd
Azman Perdana Oil & Gas Sdn Bhd
Semuanya aku akan gabungkan dibawah Azman Perdana Group.
Ya Allah, Engkau Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Engkau, permudahkanlah usahaku ini. Jadikanlah aku orang yang kaya di Dunia dan orang yang kaya juga di Akhirat
Tanda Tangan
Tarikh Mula : 27 Disember 2005
Tarikh Tamat : 27 Disemebr 2025
Matlamat aku ni aku print dan aku framekan. Awal- awal dulu aku malu nak tunjukkan kepada sesiapapun, termasuk isteri aku. Tapi apabila ia membuahkan hasil, aku rasa wajar aku kongsikan dengan semua.
Tidak lama selepas aku tuliskan matlamat ni, satu daripadanya dapat aku realisasikan iaitu Azman Perdana Industries Sdn Bhd, sebuah kilang di Kelantan (tapi aku namakan sbg Barokah Food Industries atas faktor- faktor tertentu).
Apabila kita ada matlamat, secara tidak sedar kita akan bergerak, kita akan bekerja ke arah matlamat kita. Dalam kes ni, aku impikan sebuah kilang. Jadi aku sentiasa beritahu sesiapa saja, yang aku nak ada sebuah kilang. Sebenarnya, aku bagitahu semua ni dengan tidak sengaja, tanpa sedar dalam bual- bual kosong atau sembang- sembang biasa dengan kawan- kawan. Semuanya didorong oleh minda separa sedar yang telah diprogramkan dengan matlamat aku.
Lama- lama, kita akan jumpa dengan orang yang betul pada masa yang betul. Semua ini dengan kudrat dan iradat Allah SWT. Aku jumpa dengan Ustaz Arif yang akhirnya perkenalkan aku dengan Abang Din, tokey Kilang Roti Suria. Abang Din juga ada kilang mee, dan kilang proses daging burger (baru setup).
Walaupun selalu sembang tentang perancangan aku, tetapi masanya belum tiba. Sampailah pada satu hari Abang Din tanya aku, “Man nak tak mesin mee? (mesin ni besar panjang 35 kaki, boleh proses 6 guni @ 300 kilo mee sejam). Abang Din nak tukar mesin baru.”
Aku tanya “Berapa abang din nak tolak?”. Abang Din kata nilai mesin tu dalam RM 40,000. Tapi dia nak tolak kat aku RM 10,000 saja. Aku kata aku minat, Cuma aku takde duit cash RM 10,000. Abang Din kata, takyah risau, Man ambik dulu, niaga dan bila dah ada untung nanti baru bayar.
Tengoklah bagaimana cantiknya Allah aturkan. Bila Dia kehendaki, tiada siapa boleh menghalang, tiada apa yang mustahil bagi Allah. Sebenarnya Abang Din offer kat aku sebab dia memang tahu aku nak. Kenapa Dia tak offer kat orang lain?. Bahkan dia ada bagitahu kat aku, kalau aku taknak dia akan jual mesin dia sebagai besi buruk. Aku faham maksud dia. Sebenarnya dia memang nak aku ambil jugak.
Akhirnya dengan izin Allah sebuah kilang dapat aku bangunkan di Kelantan dan mula operasi Febuari 2008. Bila orang ramai dapat tahu aku bawa balik mesin, berebut- rebut pakat nak beli mesin tu. Mesin sebegini memang susah nak cari, murah pulak tu.
Kini aku pergi ke rancangan kedua untuk membangunkan Azman Perdana Agriculture Sdn Bhd. Aku akan beli tanah, usahakan ladang. Fasa Pertama, projek Limau Nipis. Aku buat kecil- kecil dulu. Setiap hari aku hantar barang ke Pasar Basah dan Pasar Borong, jadi aku nampak potensi Limau Nipis ni. Lagipun sekarang ni harganya mencecah Rm 5 sekilogram. Jika dapat jual runcit lagi banyak untung. 1 Kilo boleh dapat RM 15.
Selain itu aku mula berjinak- jinak dengan bidang hartanah. Projek perumahan yang aku jual. Bukan bina tapi baru belajar marketing (Klik Sini).
Dengan sebab ada matlamat ni jugak aku banyak baca buku pasal ekonomi, kewangan, pengurusan dan tokoh korporat. Kalau dulu tak pernah tengok Berita Ekonomi. Tapi sekarang, itulah yang ditunggu- tunggu. Betapa besarnya peranan dan kuasa matlamat.
Korang dah ada matlamat? jika belum mempunyai matlamat yang jelas, buatlah sekarang. Masa tidak menunggu kita. Sebenarnya cara menulis matlamat aku seperti di atas tu salah. Kalau nak tahu bagaimana cara nak tetapkan matlamat yang betul, cuba dapatkan buku Azizi Ali bertajuk “Senjata Paling Berkuasa”. Bagus untuk dibaca.
***Abang Din dan Ustaz Arif adalah orang yang banyak berjasa pada aku. Suatu hari nanti aku akan balas segala jasa mereka @ atau anak- anak mereka nanti. InsyaAllah.
2 comments:
Tahniah che Man. semoga segera sampai kepuncak.....
dah lama kita x jumpa sejak dr zaman kampus (lebih2 lg PR kampus)..harapnya kita dpt jmpa lg insyallah..Adib :)
InsyaAllah, ada rezeki & panjang umur kita boleh jumpa.
Dok mana? keja apa sekarang?
Post a Comment