Wednesday, December 24, 2008

Rakyat kita memang mudah lupa

Sekali lagi aku rasa lucu, bila orang kampung aku bagitahu harga beras dah murah, dah turun dah.

"Beras siam lo ni muroh doh. Aku beli kemarin seguni (25 kg) RM 75 jah" kata Pok Leh (bukan nama sebenar).

Aku suko (gelak) ko dia. Aku ghoyak. "Molek la tu, mu ni memang mudoh tok ingat sejaroh. Dulu maso hargo tengoh mahal, seguni RM 90. Lo ni RM 75, meme la muroh. Tapi mu ingat ko dok harga asal. Sebelum jadi RM 90 seguni, hargo dio RM 54 jah. RM 54 dengan RM 75 mano muroh?". Aku balas dengan soalan. Sajo nok suruh dia mikir siket.

"Yo tok yo jugok. Biso sungguh mu ni" Kata Pok Leh.

Begitulah, mudahnya rakyat kita lupa. Sebab tulah mudah sangat dimanipulasi oleh orang- orang yang berkepentingan. Rakyat kita seolah- oleh tidak pernah belajar dari pengalaman yang lalu. Kalau ada pun hanya sekejap. Bersifat semasa dan tidak konsisten. Hangat- hangat tahi ayam kata orang tua- tua. Ambil contoh Tragedi Bukit Antarabangsa dan Highland Tower sudahlah.

Rakyat kita ni kita psiko siket cukupla... mudah sangat termakan dengan kata- kata. Bila tiap- tiap hari disogok dengan kata- kata "Barang dah murah, barang dah murah". semua pakat kata murah. Hakikatnya harga tidak semurah dulu dah. Aku pasti bila ramai- ramai kata beras dah murah, RM 75 je seguni, sedikit masa lagi semua pakat dapat terima harga tu. Akhirnya harga akan kekal RM 75 seguni.

Yahudi Zionis juga selalu guna taktik ni untuk merampas tanah rakyat Palestin. Dia serang wilayah Palestin 1 km. Bila satu dunia kecoh, bila PBB buat resolusi suruh undur. Israel akan istiharkan dia berundur. Dia memang berundur tapi hanya 500 meter sahaja. Dia hanya bagitahu dia telah berundur, tapi dia tak bagitahu dia hanya undur 500 meter. Akhirnya 500 dah jadi hak dia.

Fikir- fikirkan lah yer.

No comments: