Wednesday, January 28, 2009

Tahun 2009 tahun Berjimat?

Beberapa minggu lalu, aku mendengar Radio IKIM.fm. Topik pagi dia membicarakan pasal berjimat Cermat. Maka ramailah yang membuat panggilan dan memberikan pendapat masing- masing.

Antaranya ada yang kata nak start tanam sayur sendiri. Ada yang nak kurangkan makan kat luar, nak beli satu jenis lauk aje setiap hari, nak beli satu jenis sayur je seminggu dan pelbagaikan masakan dan macam- macam lagi pandangan mereka.

Aku cuba membuat panggilan tapi, talian terlalu sibuk. Pendapat aku jauh bertentangan dengan ramai pendapat pemanggil yg lain.. Sebabnya, prinsip aku,"Berjimat pada masa senang.. bukan berjimat apabila kita susah. Apabila dah tiada duit". Itu bukan berjimat tu namanya. Itu terpaksa kurangkan belanja sebab tiada duit, bukan sebab nak jimat. Aku yakin, kalau ada duit takde nak jimatnya.

Sebab tulah bila kita perhatikan pendapat mereka. Kita akan dapati rata- rata apa yang mereka cuba kurangkan adalah keperluan. Contohnya, kurangkan makan, kurang belanja dapur, kongsi kereta ke pejabat, kurang duit poket anak. Semuanya itu keperluan.

Kenapa tak kurangkan bayaran bulanan kereta mewah kita? Kenapa tak kurangkan bayaran bulanan peti sejuk 3 pintu kita? Installment rumah? Pinjaman peribadi kerana melancong @ renovate rumah? Kenapa tak kurangkan bayaran premium insurans kita?

Tak bolehkan? Nanti kereta kena tarik, rumah kena lelong, perabut kena lelong, pinjaman tak bayar nanti kena blacklist. Nanti insurans laps.

Itulah konsep yang saya selalu tekankan. Itulah PERANGKAP Hutang yang saya maksudkan di dalam artikel2 sebelum ini. Kita selalu lupa ASAS KEPERLUAN kita. kita selalu terikut- ikut dengan gaya hidup masyarakat kita sehinggakan masa depan kita dan generasi selepas kita tergadai.

Dalam konteks berjimat cermat kita perlu belajar dan mengkaji kisah nabi Yusof as. Bagaimana Raja Mesir pada waktu itu bermimpi datang 7 tangkai gandum yang sangat elok, kemudian datang pula 7 tangkai gandum yang layu dan rosak. Datang pula 7 ekor lembu yang gemuk dan segar kemudian datang pula 7 ekor lembu yang kurus kering.

Diringkaskan cerita Nabi Yusof a.s, mentafsir mimpi Raja Mesir dengan mengatakan akan datang 7 tahun yang sangat subur (ekonomi yang berkembang) kemudian datang pula 7 tahun yang kering kontang (ekonomi merundum). Maka Nabi Yusof a.s mencadangkan, pada 7 tahun yang subur kita perlu makan sekadarnya, lebihnya kita perlu simpan @ dengan kata lain kita perlu berjimat cermat. Nanti simpanan inilah akan digunakan apabila tibanya 7 tahun yang kering kontang.

Jadi disini jelas menunjukkan, kita perlu Berjimat Dimasa Senang, bukan dimasa Susah. Alhamdulillah sepanjang gawat ni, corak perbelanjaan aku masih tidak berubah. Tak perlu nak kurangkan belanja, sebab memang sebelum ni pun, perbelanjaan aku kurang dari pendapatan.

Ambillah iktibar, pastikan anda jelas dengan matlamat anda. Jangan terikut- ikut dengan corak hidup orang lain.

3 comments:

azizi said...

i love this one.!

Azman Bin A Aziz said...

Azizi -> Realiti bukan fantasi. :)

Azman Bin A Aziz said...

Masyarakat kita perlu disedarkan. Perlu dibangkitkan dari 'tidur' yang lena.