Wednesday, January 28, 2009

Gawat yang Indah

Alhamdulillah, dulu aku ada tulis pasal bagaimana nak buat duit masa gawat. Lalu
aku buat kajian tentang bagaimana ekonomi boleh berkembang dan bagaimana ekonomi
merosot.

Kesan dan akibat dari perkembangan dan kemerosotan juga aku kaji.

Aku masih ingat kata- kata orang terkaya dunia, Warrent Buffett “Be Fearful When
Others Are Greedy and Greedy When Others Are Fearful”. Dan aku amat- amat percaya
bahawa apa yang kita fikirkan sehingga mempengaruhi subconcius mind, InsyaAllah
lambat laun akan berlaku, akan tercapai.

Apa yang aku dapati semasa gawat ni, banyak mempantu business aku, antaranya:

#1. Kos bahan mentah yang semakin turun. Menyebabkan kos pengeluaran menurun.
Untuk produk mee kuning hampir 70% dari pada kos pengeluaran adalah tepung
gandum. Jadi apabila harga tepung menurun sekali gus kos pengeluaran menurun.

#2. Diesel juga turun harga, sekali gus juga menurunkan kos pengeluaran.

#3. Tenaga kerja senang dicari. DUlu masa mula- mula niaga dulu, payah aku nak
dapat pekerja. KAlau ada pun demand. Nak gaji sekian- sekian. Sekarang ni tak
payah cari. Diorang yang datang minta. Gaji? tak kesah berapa nak bagi....

#4. Peningkatan Jualan. Alhamdulillah, oleh kerana perniagaan aku berasaskan
makanan, maka kegawatan tidak memberikan kesan yang ketara ke atas industri
seperti ni. Lebih menarik lagi apabila gawat, pengguna kurang membeli produk
makanan yang merapu atau tidak mengenyangkan seperti snek, gula2, makanan ringan
dsb.

#5. Kempen Boikot Israel sedikit sebanyak membantu, apabila pengguna tidak lagi
keluar ke KFC, McD, Pizza dan lain- lain. Ini penyebab secara tidak langsung
kepada peningkatan jualan.

#6. Pembukaan pasaran di Kuala Terengganu yang tepat pada masanya. Iaitu masa
Kempen Pilihanraya KT. Orang pergi kempen parti, aku sibuk gi Kempen Mee :)

Walau apa pun, tahun 2009 mungkin tahun yang suram bagi sesetengah industri
seperti Industri Elektronik, Silikon, Pelancongan dan Hartanah, tetapi ianya satu
tahun yang amat positif untuk perniagaan makanan.

Kegawatan kalau dinilai secara positif sebenarnya mengajar kita, mana satu
KEPERLUAN dan mana satu KEMAHUAN. Ia juga mengajar kita priority sebenar
perbelanjaan yang harus kita utamakan.

Ambillah pengajaran. Fikirkan yang indah- indah, yang manis manis. Fikirkan
positif.

No comments: