Monday, February 16, 2009

Kedai Online

Tahniah kepada dua- dua sahabat yg dah mula niaga menerusi internet. Sebagai tanda sokongan dan promosi percuma untuk korang aku war- warkan alamatnya disini:

http://blouseonline.blogspot.com/
&
http://kedai-macam-macam.blogspot.com/

Namun, berikut adalah komen dan tips- tips yang mungkin berguna untuk korang @ bagi yang baru nak mulakan perniagaan internet. Bagi yang baru nak bermula, aku cadangkan lihat pasaran (demand) dulu baru sediakan produk (supply). Jangan sediakan produk dulu kemudian baru nak cari pasaran.


# Sindrom "Goreng Pisang Panas".
Sekarang dah ada dua kedai online yang menjual produk yang hampir sama @ dalam kategori yang sama. Aku harap lepas ni orang lain buka kedai yang menjual produk lain pulak. Elakkan sindrom Goreng Pisang Panas sebab kita berkongsi pasaran (market share) yang sama. Banyak implikasi negatif yg akan timbul.


# Payment System
Kalau boleh sediakan Online Payment System. Dimana pengguna boleh membuat bayaran melalui beberapa klik sahaja. Contoh guna PayPal. Paling tidak pun, sediakan internet banking.

Untuk kemudahan korang pulak, boleh guna SMS / Phone Banking. Bank Islam ada khidmat SMS banking, jadi bila ada duit keluar @ masuk dari akaun, korang akan terima SMS:
Cth:

RM0.30: Credit RM 900.00 to account no. XXXX on 12/2/2009 12:04:56. Your XXXX balance is RM 4,976.09.

Jadi korang boleh detect segera jika ada payment masuk. AWAS: Caj RM 0.30 untuk setiap SMS jadi tak sesuai untuk acct. yang aktif. Untuk urusan peribadi.

Satu lagi aku guna CIMB Phone Banking. Just dial no. then masukkan beberapa pin yg diberikan masa daftar korang boleh tahu baki terkini dan laksanakan beberapa transaksi.

Mudahkan pengguna untuk membuat pembelian!


# Kaji website menjual yg berjaya
Banyakkan mengkaji laman web lain yang menjual produk. Lihat bagaimana design dia. Bagaimana Header dia, font yang digunakan, ayat- ayat menarik yang mendorong pengunjung untuk membeli.

Paling penting, website korang mendapat ranking di Search engine. Ada teknik dia yg dipanggil SEO (Search Engine Optimization). Dimana, jika dikaji bagaimana search engine berfungsi terutama yg menggunakan webcrawler, design2 yg tertentu boleh memberikan rangking kepada website korang. Bila pengguna taip "Blouse" cthnya di Google, maka website korang akan dipaparkan di Page depan google. Ini sekaligus boleh menarik lebih ramai pengunjung.

Korang juga perlu ingat, apabila membuat sales, ada approach dia, ada sales cycle, dari Suspek -> Prospek -> Curios ------> hingga ke Close Sales. Disini korang perlu bijak merangka website korang supaya dapat menghasilkan jualan.

Kalau jualan biasa menggunakan kata- kata (verbal) sebagai perantara, maka jualan melalui internet perlu diwakilkan kepada tulisan.

Banyakkan mengkaji!.


# Testimoni
Biarkan pengguna yang bercakap kepada prospek supaya mereka lebih percaya tentang produk. Kalau dalam sales biasa boleh kita kata Testimoni ni seperti promosi mulut ke mulut. Ini amat- amat berkesan.


# Money Back Guarantee.
Kalau aku sebagai pekedai, untuk barang- barang yang tidak mudah rosak seperti baju, aku akan sediakan konsep Money Back Guarantee. Dimana pengguna boleh cuba dan jika tidak berminat @ nak tukar, wang akan dikembalikan.

Bagaimana boleh diaplikasikan?

Begini. Katakan pengguna berminat nak beli baju A. Minta dia buat payment dulu. Kemudian Poskan produk yang dibeli. Bagi masa 2 minggu untuk Money Back Guarantee. Kalau tidak padan, tidak sesuai, tidak berrminat, pengguna boleh pulangkan balik @ tukar. Syaratnya, pengguna mesti terlebih dahulu pos kembali kepada korang produk tersebut.

Apabila produk dah sampai, maka pulangkan balik duit pengguna. Jika pengguna nak tukar produk lain, maka poskan produk baru tersebut.

Korang perlu letak diri korang sebagai pengguna. Bagaimana korang mahu, begitulah orang lain juga mahukan.


# Tajuk / Alamat Web
Pada pendapat aku, tajuk @ alamat perlu lebih specifik dan menggambarkan terus produk yg dijual di laman web tersebut. Contoh jika jual kasut, gunakan alamat:

http://kasutterhangat.blogspot.com (contoh sahaja.... )


Aku rasa setakat ini dululah.... Harap- harap berguna dan dapat membantu.

No comments: