Tuesday, February 17, 2009

Structured Day

Pernahkah korang terfikir, bagaimanakah corak kehidupan seorang jutawan / seorang
yang berjaya? Apakah aktiviti yang dilakukan dari celik mata sampai tutup mata
balik.

Untuk berjaya kita harus mengikut cara hidup orang yang berjaya. Kita mesti ada
idola. Untuk berjaya di Akhirat kita perlu mengikut jejak langkah Nabi dan Rasul
melalui hadith- hadith yang ditanggalkan Baginda.Ikut jejak langkah para sahabat,
tabii dan alim ulama'.

Begitu juga untuk berjaya di dunia kita perlu mengikut jejak langkah orang- orang
yang berjaya. Aku sendiri di dalam perniagaan aku perlu tahu siapa orang terkaya
dunia, asia dan Malaysia sendiri.Aku perlu tahu latarbelakang mereka, syarikat
mereka, Strategi mereka, falsafah mereka serta perjalanan dan pengalaman jatuh
bangun mereka di dalam business.

Pengalaman mereka inilah boleh dijadikan panduan untuk aku menjalankan perniagaan
dan mencorakkan langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.

Bagi setiap orang yang berjaya, aktiviti harian masing- masing mungkin tidak
sama. Cara hidup seorang kontraktor yang berjaya mungkin tidak sama dengan cara
hidup pengarah syarikat. Begitu juga antara pelabur dengan ahli politik.

Tetapi, ada persamaan- persamaan tertentu antara mereka. Yang menyebabkan mereka
berjaya di dalam bidang masing- masing.

Salah satu persamaan antara mereka, mereka mempunyai Structured Day.

Opppppssss.. black out kat sini.... aku sambung kendian. Serammmm.

No comments: