Tuesday, March 10, 2009

Key Success Factor

Minggu lepas, ajen aku di Kuala Terengganu kerugian lebih RM 1000 hanya dalam masa sehari. Dapat untung Rm 100 sehari tapi bila rugi RM 1000 sehari. Sekali rugi makan 10 hari keuntungan.

Itulah asam garam dalam perniagaan. Bila dia telefon aku, aku hanya tersenyum. Sebelum ni pun dah banyak input2 tentang business yang aku dah kongsi dengan ajen aku tu. Dan banyak perkara yang aku bagitahu kat dia telahpun berlaku. Sampaikan anak buah dia, Junaidi bagitahu supaya aku berhenti bercakap.... katanya "Mulut aku masin".

Bukan masin sebenarnya. Perkara- perkara yang aku sentuh semuanya dari pengalaman. Baik dari pengalaman orang, ataupun dari pengalaman aku sendiri.

Setiap business ada pasang surut dia. Tidak ada satu business pun yang perjalanan dia smooth sentiasa. Ada masalah- masalah atau halangan- halangan yang sentiasa menunggu di tengah jalan. Kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada bagaimana anda mampu mengatasi semua halangan- halangan tersebut. Lebih bagus lagi jika anda bijak menjadikan halangan menjadi peluang.

Setiap masalah ada PENYELESAIANNYA. Setiap penyelesaian adalah peluang perniagaan!. Orang susah nak hantar sekolah anak, anda sediakan khidmat Bas Sekolah. Orang susah nak tinggalkan anak sebab suami isteri bekerja. Anda sediakan khidmat Nurseri.

Jika ditanya apakah masalah yang akan datang? aku tidak tahu. Ia pasti datang, tapi apa? bagaimana masalah tersebut, aku tak boleh bagitahu. Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Untuk minggu lepas hanya sikit saja kesilapannya. Tapi impak dia besar.

Kesilapan

Kesilapan bermula apabila lori yang menghantar mee ni sampai terlalu awal. Office belum lagi buka. Driver mengantuk lalu dia mencari tempat yang sesuai untuk "landing". Diorang ni kerja mula kol 10 malam hantar barang dari K Trengganu ke K Bharu, pastu patah balik ke K Terengganu. Memang penat. Bila dapat "landing" tu, tak ingat dunia.

Baik punya landing sampai bos telefon pun tak dengar. Bila dah terlalu lewat dah pukol 12:30 tengahari, gerakkan mencari dilakukan. Akhirnya terjumpa jugak. Bila nak pegi hantar mee ke pasar borong, pemborong dah tak mahu terima sebab dah nak tutup kedai. Terpaksa simpan untuk esok.

Masalah keduanya, diorang simpan mee tu dalam lori (box van). Dok tengah panas berpeluh mee. Mee bila dan campur air, mudah rosak dan berbau tengik (kerana minyak masak + air). Akhirnya terpaksa buang begitu saja. 1 lori punya barang, buang begitu saja.

Kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Namun.... itulah cabaran, itulah pengalaman dan itulah pengajaran.

Walaubagaimanapun aku suruh dia jadikan masalah ini sebagai ikhtibar. Tanpa ada masalah kita tidak tahu kelemahan kita, kita tidak tahu apa yang harus kita tekankan, apa yang kita harus perhatikan. Penyelesaian dari masalah ini seharusnya akan memperkasakan lagi operasi syarikat dan pastinya risiko dapat dikurangkan. Dan aku yakin sikit masa lagi keuntungan pasti akan berlipat kali ganda hasil dari operasi yang semakin MAN-TOP

Key Success Factor

Setiap perniagaan ada "Key Success Factor" dia. Sebagai usahawan kita harus menguasai perniagaan yang kita ceburi dari segenap sudut. Faham selok belok bidang yang kita ceburi. Kita harus tahu apa faktor- faktor yang boleh menentukan kejayaan perniagaan kita. Faktor- faktor ni bergantung kepada jenis perniagaan, keadaan pasaran, kemampuan syarikat termasuk faktor- faktor luaran dan faktor dalaman.

Selain itu, usahawan juga perlu tahu faktor- faktor yang boleh mengancam dan membunuh sesuatu perniagaan. Macam kes di atas, faktor logistik dan pengangkutan amat- amat kritikal memandangkan jangka hayat produk yang terlalu singkat, bersifat harian dan mudah rosak.

Apakah bidang perniagaan yang anda ceburi? Sudahkan anda memahami faktor2 yang boleh menjayakan ataupun memusnahkan perniagaan anda? Jika belum, kajilah sekarang sebelum ia datang menjengah.

No comments: