Wednesday, March 11, 2009

Cari Kerja vs Cipta Kerja

Masa aku grad dari UUM dulu, tahun 2000, keadaan ekonomi negara masih tak menentu kesan krisis matawang Asia tahun 1997- 1998. Waktu tu ramai graduan yang menganggur manakala hampir 100,000 pekerja kehilangan pekerjaan.

Aku alhamdulillah, mudah dapat kerja, tapi aku lebih berminat untuk bekerja sendiri. Bukan tamak, tapi aku fikirkan nasib anak- anak dan keluarga aku. Aku fikir, sekarang ni, zaman kita dah terasa susah nak dapat kerja, dah rasa berbagai- bagai cabaran. Bagaimanakah dengan nasib anak- anak kita di masa depan.

Aku rasa cabaran akan lebih hebat lagi. Waktu tu mungkin setiap orang mempunyai ijazah. Ramai yang mempunyai Master dan yang bergelar Dr. PhD berlambak- lambak. Graduan yang menggaur lebih cenderung untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Jika dilihat kepada senario sekarang, perkara ni bukan mustahil. Secara tidak langsung, persaingan untuk mendapatkan pekerjaan menjadi semakin sengit.

Jadi bagaimanakah mereka harus bersaing kelak?

Pada waktu itu aku mula terfikir, aku harus melakukan sesuatu. Aku harus meninggalkan satu "bekalan" yang menjadi tempat untuk anak- anak dan keluarga aku berpaut. Aku harus meninggalkan zon selesa untuk mencipta sesuatu.

Tak apa kalau aku susah,asalkan aku boleh meninggalkan sesuatu yang boleh memberikan kesenangan kepada anak isteri dan keluarga aku.

Aku lihat, tidak ada jalan lain melainkan dengan BERNIAGA. Dengan berniaga, Alhamdulillah aku telah mencipta peluang- peluang pekerjaan yang baru. Sekarang ni 7 orang telah mendapat manfaat secara langsung daripada perniagaan aku. InsyaAllah aku akan kembangkan lagi perniagaan dengan menceburi bidang- bidang yang lain pula. Sekaligus, akan mencipta lebih banyak peluang- peluang pekerjaan.

Fokus aku untuk membantu golongan yang susah. Sebab tu aku mula mengambil pekerja dari golongan mereka yang betul- betul susah. Secara tidak langsung aku boleh mengubah nasib mereka dengan tangan mereka sendiri. Bukan membantu mereka dengan kudrat orang lain seperti melalui derma dan sedekah yang bersifat sementara @ jangka pendek.

InsyaAllah, sikit masa lagi aku akan mengambil pekerja dari golongan OKU. Dibawah Kementerian Kebajikan Masyarakat, ada Skim Pekerja Cacat (nama skim sebenar aku tak ingat). Dengan skim ni, KKM akan memberikan elaun RM 300 sebulan kepada pekerja OKU. Ditambah dengan gaji dari pihak syarikat, ini tentunya sudah banyak membantu mereka.

Kedepan, aku rancang begini pula. Jika pendapatan tahunan aku RM 1 juta, maka zakat yang perlu dibayar RM 25,000 setahun. Aku fikir jika diberikan sebagai duit zakat RM 1000 seorang, tak sampai seminggu akan habis. Jadi aku fikir, dengan duit RM 25,000, aku boleh buka 2 gerai perniagaan (mungkin di tepi jalan, siap dengan kios, lesen perniagaan, permit majlis daerah dan sebagainya). Dan aku akan hadiahkan kepada fakir miskin, maka mereka akan mula berniaga. Dengan perniagaan ini, mereka akan mempunyai sumber pendapatan sendiri. Jadi mereka tidak perlu lagi bergantung pada belas ehsan orang lain.

Satu masa aku akan bentuk rangkain niaga di kalangan penerima zakat ini. Jika setahun boleh melahirkan 2 usahawan, 10 tahun dah ada 20 buah perniagaan.Jika digembeleng bersama- sama, ia boleh membentuk satu perniagaan yang besar.

Wallahua'lam. Itu, baru buah fikiran yang aku cuba tanam di dalam kepala, supaya ia mempengaruhi subconsius mind aku, supaya aku mula bergerak ke arah itu.

Kita sebagai Mahasiswa, golongan yang terpelajar yang menjadi harapan nusa dan bangsa, kenapa tidak kita yang mencipta peluang pekerjaan?.

Ini tidak, kita berlumba- lumba memburu peluang- peluang pekerjaan yang dicipta oleh bangsa asing, ditanah air kita sendiri. Jika diorang mahu, diorang boleh ambil kita. Dan jika diorang tidak mahu, bila- bila masa saja diorang boleh buang kita. Kita menjadi hamba orang lain, tidak kira walau apa status kita sekalipun, kita tiadak ada kuasa diatas pekerjaan kita. Lebih- lebih lagi semasa kegawatan ekonomi berlaku.

Golongan intelek melayu harus mengubah cara berfikir. Fikirkan masa depan bangsa kita. Fikirkan masa depan anak- anak kita. Fikirkan masa depan keluarga kita. Fikirkan masa depan agama kita.

No comments: