Friday, March 13, 2009

Cari Kerja vs Cipta Kerja (cont.)

Dalam artikel Cari Kerja vs Cipta Kerja, sehari sebelum Bajet Mini dibentangkan aku ada sebut suatu masa nanti mungkin setiap orang mempunyai ijazah. ramai yang mempunyai master dan Dr PhD berlambak- lambak.

Kini benda yang aku sebutkan ni akan berlaku. Lihat bajet yang dibentangkan, salah satu insentif yang diberikan adalah RM 20,000 kepada seorang calon PhD yang melanjutkan pelajaran di dalam negara untuk tujuan penyelidikan. Manakala RM 10,000 seorang kepada calon Master. Dianggarkan 10,000 orang akan mendapat manfaat dari pelan ini. Maka, jika pelan ini dilaksanakan sepenuhnya dengan jayanya, maka 3-5 tahun akan datang akan bertambah lagi 10,000 orang yg mempunyai master dan phd tidak termasuk yang dah ada sekarang dan yang sedang menyambung pelajaran.

Jadi, persoalan yang aku cuba bangkitkan supaya kita dapat sama- sama fikirkan adalah: Bagaimana nanti anak- anak kita akan bersaing antara mereka 20 - 30 tahun akan datang, jika kita tidak mempersiapkan mereka dimasa sekarang.

Inilah titik tolak @ motivasi yang menggerakkan aku dalam mencapai matlamat dan gagasan yang aku telah tetapkan. Inilah matlamat perniagaan aku, supaya aku dapat meninggalkan legasi untuk anak- anak keturunan aku nanti.

Aku mohon Allah permudahkan segala urusan, berikan kejayaan kepada kami. InsyaAllah.

5 comments:

azizi said...

tak semestinya knowledge dlm computer networks tu kena guna dale komputer jah....
dalam life pun. sbb tu kita keno cari ilmu tu ... tak kiralah apa pun sbb nak gunanya bukey semestinya dalam bidang tu, tp secara tak langsung dalam bidang lain.
cayalah.... insya' Allah one day (or esok) or sekrg ...mung akan capai cita2 mung. ;-)

aku doa n aminkan.

Rantong said...

Kerajaan sememangnya prihatin kepadaa masalah rakyat. Mudah2an, usaha kerajaan ini boleh dimanfaatkan oleh rakyat yang tahu bersyukur.

View Profile: Rantong™

Azman Bin A Aziz said...

Azizi -> Amin. Mudah- mudahan. Yup, knowledge dlm komputer ni memudahkan aku buat research. Banyak membantu bisness aku.

Rantong -> Budget Mini ni, hanya RM 15 Bilion untuk dasar fiskal yang memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia. Kebanyakkan pakar merasakan ia tidak mencukupi. Apa komen saudara?

Mohd Hisham Mohd Sharif said...

baguh demo deh, kawe pong nok nego jugok lah...

Azman Bin A Aziz said...

Hisyam -> Demo nego doh ke. ;). Kawe belum gapo lago. tok sehebat Ustaz Arif & Abg Din. Sifu kawe.