Wednesday, September 16, 2009

HOW AM I GOING TO GET THERE

Berfikir dan anda akan menjadi kaya!. Setiap pagi selepas subuh dan setiap malam sebelum saya tidur saya sentiasa membaca matlamat yang telah saya tulis seperti di atas. Semua ini untuk mengaktifkan minda di bawah sedar saya agar bekerja dan mendorong saya ke arah mencapai matlamat tersebut.

Betul dan terbukti berjaya. Secara tidak langsung ia menggerakkan saya untuk sentiasa berfikir, bermuhasabah dan menimba ilmu- ilmu yang boleh membantu saya ke arah mencapai matlamat saya.

Ia juga mendorong saya membaca buku- buku seperti Art of Selling, Closing Technique, Internet Marketing, Raja Menjual, Rich Dad Poor Dan dan sebagainya. Saya juga banyak membaca buku- buku motivasi seperti 66 Usahawan Berjaya Malaysia, Think dan Grow Rich, Think Big, Dare to Fail dan sebagainya serta menyelidik latar belakang orang yang berjaya. Mengkaji bagaimana tekad mereka yang bulat untuk berjaya mendorong mereka mencapai apa yang mereka mahukan.

Saya juga akan banyak menjalankan Research & Development. Saya akan banyak menjalankan penyelidikan dan menganalisa perkembangan semasa untuk menempatkan diri saya di tempat yang paling strategik. Sebelum ini saya banyak mengabaikan perkara ini menyebabkan saya tidak dapat membaca peluang yang terdapat di depan mata.

Menyertai Prudential juga merupakan agenda saya untuk menuju kejayaan. Saya amat yakin Prudential mampu memberikan kejayaan kepada saya. Saya akan menanam kecintaan saya kepada Prudential supaya mempromosi Prudential adalah hobi bagi saya, bukan semata- mata kerja. Dengan itu, saya akan laksanakan tugas saya dengan perasaan seronok dan mudah. Bukan lagi bekerja dengan perasaan tertekan, takut dan susah.

Saya akan mengubah sikap saya menjadi lebih mesra, berani dan bersahaja. Dan saya pasti saya akan lebih disukai dan disegani selepas ini. Melawan nafsu dan mengubah sikap dari yang buruk kepada yang lebih baik adalah agenda yang paling utama yang harus ditekankan.

Akhir sekali, tidak pernah lupa, Kejayaan di Dunia hanyalah bernilai sebelah kepak nyamuk jika dibandingkan dengan kejayaan di Akhirat. Untuk itu kita perlu perkemaskan diri kita untuk mencapai kejayaan di Akhirat. Kejayaan di dunia hanyalah jambatan untuk saya mencapai kejayaan di Akhirat.

Disebabkan dengan faktor- faktor ekonomi semasa di Malaysia, menjadi kaya adalah satu kewajiban bagi umat Islam di Malaysia. Saya dan anda yang membaca tulisan saya ini, bergeraklah dan bertindaklah. Jadilah orang yang terkaya di dunia, dan tunaikanlah kewajipan kita kepada agama dan masyarakat kita.

Sekian, terima kasih dan berpesan- pesanlah dengan kebaikan dan kesabaran.

2 comments:

PG said...

Salam Man.
Best baca articles yang Man tulis.
Keep it up.Saya lihat Man ada bakat menulis.

PG
Sharing is Caring

Manaziz said...

Doc,

Bakat menulis tu tak de la sangat Doc. Sebab tu tulisan tunggang langgang.

Yang ada IDEA. Idea perlu kita Share. Betul tak?

p/s: Membaca umpama mengembara (Manaziz 2009). Fikir2 kanlah