Seperti biasa RK mempunyai banyak pandangan baru mengenai wang yang kadang kala bercanggah dengan pemahaman dan pengetahuan orang kebanyakan seperti kita
Dalam buku Rich Dad Poor Dad (1997) misalnya, RK mengejutkan pembaca di seluruh dunia dengan mengatakan “Your House is not an Asset, Your House is a Liability” (in term of Pelaburan); Akibatnya RK mendapat banyak kritikan dan bantahan terutamanya dari “pakar- pakar” ekonomi dan perakaunan.
Bila krisis sub-prima berlaku (2007), ramai yang kehilangan rumah (yang belum habis bayar terpaksa dilelong). Harga rumah jatuh di US. Baru kebanyakannya sedar, rumah bukannya aset tetapi liabiliti. Konsep yang diketengahkan oleh RK mudah saja:
#1: ASET – Apa sahaja yang blh memasukkan duit kedalam poket kita
#2: LIABILITI – Apa sahaja yang mengeluarkan duit dari poket kita.
Cth: Rumah untuk diduduki sendiri adalah Liabiliti selagi belum habis bayar.
Rumah Sewa yang mendatangkan pendapatan, Aset walaupun belum habis bayar.
Dalam buku IYFIQ ni pula, RK mendedahkan tentang perubahan dalam “Rules of Money”. Jadi praktis kewangan kita juga seharusnya berubah mengikut “Rules of Money” ini. Jika dulu, kita disuruh menyimpan untuk kaya. Tetapi perubahan dalam “Rules of Money” menyebabkan orang yang menyimpan kerugian (long term). Rugi dari sudut nilai wang yang semakin menyusut, rugi dari sudut kuasa beli ditelan inflasi, rugi dari sudut pemilikan aset dan pelaburan.
RM 10,000 sekarang (2009) mungkin apabila disimpan di bank atau dilaburkan boleh jadi RM 50,000, 10 tahun akan datang (2019). Hakikatnya, RM 50,000 pada tahun 2019 mungkin sama dengan RM 10,000 sekarang nilainya. Bahkan boleh jadi semakin kurang.
Jadi dimana untungnya menyimpan?
Untuk mendapatkan keuntungan dari sistem kewangan moden ni, kita mesti mengikut “Rules of Money”. Apa itu Rules of Money? Aku rasa lebih baik korang dapatkan buku ni dan baca sendiri untuk lebih pemahaman.
Aku amat setuju dengan RK sebab sebelum ni aku pernah tulis artikel “Kemana Perginya Duit”. Dalam tidak sedar sebenarnya aku telah mengkaji tentang “Rules of Money”.
Setakat ni sahaja untuk kali ini.
Antara lain kandungan IYFIQ:
#1. Rules of Money#2. 2 Masalah Kewangan
#3. Bagaimana orang Miskin menyelesaikan masalah kewangan
#4. Bagaimana orang Kaya menyelesaikan masalah kewangan
#5. Kenapa orang kaya bertambah kaya
#6. 5 Financial IQ:
No comments:
Post a Comment