Wednesday, September 16, 2009

WHO AM I

Berikut adalah assignment yang aku pernah buat pada tahun 2006, bertajuk WHO AM I.
Assignment ni penting untuk menentukan MATLAMAT KITA.


Ada 4 Bahagian di dlm Assignment ini. iaitu:

#1: WHO AM I
- Untuk kita mengenali diri kita sendiri dulu

#2: WHERE AM I
- Untuk menentukan dimana kedudukan kita sekarang

#3: WHERE AM I GOING
- Untuk menentukan kemana arah tuju kita. @ MATLAMAT KITA. Matlamat yang JELAS dan DITULIS.

#4: HOW AM I GOING TO GET THERE
- Bagaimana untuk kita mencapai matlamat tersebut. (Rancangan Yang Tersusun)


Jom baca assingment aku. Mana yang baik jadikan teladan.



WHO AM I

Saya Azman Bin A Aziz, diputerakan pada 24 Ogos 1978 di Kampung Padang, Temangan, Machang, Kelantan. Ayahanda saya, A Aziz Bin Mohd Zin bekerja sebagai buruh dengan kontraktor manakala bonda Che Zainab Binti Husin adalah surirumah.

Saya merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik, yang kesemuanya adalah lelaki. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temangan, kemudian terus ke Sekolah Menengah Hamzah sebagai perintis kelas Aliran Agama di sana.

Selepas tamat SPM saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Utara Malaysia seterusnya mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat di UUM. Bidang kepakaran saya adalah dalam bidang Analisa Paket di dalam Rangkaian Perkomputeran.

UUM banyak mengajar saya erti kehidupan. Di sinilah saya mengasah bakat kepemimpinan kerana bergerak aktif di dalam persatuan. Pengalaman memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Matrikulasi dan Pengarah Urusetia Kaunselor Rakan Sebaya banyak membentuk keperibadian saya, sepertimana yang ada sekarang.

Selepas tamat belajar, saya menjalani latihan praktikum di UUM dan ditawarkan peluang mengajar kelas tutorial di sana. Kemudian saya ditawarkan untuk mengajar di Kolej Universiti INSANIAH, Alor Setar, Kedah.

Sebagai anak sulung di dalam keluarga, saya banyak memikirkan tentang masa depan dan kebajikan ahli keluarga saya. Dengan pendapatan yang saya dapat, saya rasa saya tidak mampu untuk membantu keluarga terutama dari sudut kewangan. Lebih lebih lagi apabila telah berkeluarga sendiri dan mempunyai tanggunggan.

Bertitik tolak dari sinilah saya fikir satu- satunya cara untuk membantu ahli keluarga dan masyarakat adalah hanya dengan berniaga. Sebab, dengan berniaga saya mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada ahli keluarga saya yang susah. Sekurang- kurangnya saya dapat membantu membaiki taraf kehidupan mereka. Untuk membantu mereka kita mesti memberi mereka pancing dan mengajar cara- cara memancing yang betul, bukan memberi ikan kepada mereka selamanya.

Saya suka memulakan sesuatu perkara dari asas. Dalam perniagaan, saya fikir, asas bagi sesuatu perniagaan adalah trading. Sebab itulah saya memulakan langkah saya di dalam bidang perniagaan dengan trading iaitu sebagai pengedar roti. Saya menjadi orang tengah antara kilang dan peruncit. Di sini sebenarnya saya telah menguasai 3 bidang di dalam perniagaan iaitu pengeluaran (kilang), pemasaran (distributor) dan peruncitan.

Saya juga pernah menjadi jurujual bagi Proton Edar Sdn. Bhd. untuk mengasah bakat di dalam bidang Jurujual dan pemasaran kerana menjual kereta adalah proses yang berterusan dan lebih mencabar.

No comments: