Wednesday, December 12, 2012

Proses Internalization


PROSES INTERNALIZATION

*Perbincangan hari ni Amat Penting untuk difahami.
So minta baca pelan- pelan.
Ulang- ulang baca beberapa kali
Baca satu ayat ke satu ayat dan cuba fahamkan setiap ayat


Dalam entry sebelum ni kita bincangkan tentang
Bagaimana nak Achieved Goal secara Automatik
Caranya, dengan menanam GOAL kita ke dalam SubCM

Sebab jika GOAL kita berjaya
diPROGRAMkan ke dalam SubCM
Maka SubCM akan mengarahkan setiap sumber- sumber 
(fizikal, emosi, fikiran) 
bergerak ke arah mencapai GOAL kita tanpa kita SEDAR @ Automatik


Sapa yang belum baca Entry sebelum ni.... 

Baca Entry ni dulu untuk lebih Memahami



Bagaimana nak memPROGRAMkan GOAL ke dalam SubCM?



Melalui PROSES INTERNALIZATION



Gambar: Proses Internalization



PROSES INTERNALIZATION


Proses Internalization melibatkan STEP – STEP berikut.

1. Pastikan ada SMART GOAL!
    
Bukan sekadar GOAL biasa tapi 
S.M.A.R.T Goal.
    S = Specific, 
M =  Measurable, 
A = Achievable, 
R = Realistic, 
T = Time-based


Contoh: 
“Bermula pada 1 Jan 2013 aku telah mendapat pendapatan RM 20,000 sebulan”


Tak boleh sekadar letak. 
“Aku nak bendapatan besar” @ “aku nak kaya”.

* kita akan bincang bab khusus untuk SMART Goals




2. Pastikan SMART Goal ni dalam bentuk BERTULIS.

Kalau ada Color- Color @ Gambar- Gambar lagi elok


3. Pastikan ada ACTION PLAN

Iaitu rangka kerja bagaimana nak capai Goal ni.

Contoh paling menarik kisah Adam Khoo.
Bagaimana nak dapat Pendapatan
$ 1,000,000

hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja
pada umur 26 tahun.



Susah tak nak dapat pendapatan $1,000,000 dalam 2 tahun?

SUSAH kalau pikir logik kan
Tapi TAK SUSAH bila kita ada Action Plan.


Cuba perhatikan bila kita buat Action Plan camni:


Nak Dapat $1,000,000.
Adam Khoo nampak peluang begini.



Setiap pelajar di Singapura diberi elaun $300
untuk Program Pembangunan Diri
(beli buku, hadir seminar, kursus, bengkel dsb)


Dia mahu adakan Seminar dengan yuran $200 seorang.
So berapa orang yang dia perlu cari?

$1,000,000 ÷ $200 = 5,000
5,000 Peserta sahaja!!


Susah tak nak dapat 5,000 peserta dalam tempoh 2 tahun?
Dah nampak makin senang kan?


Okey. Kalau 100 orang perserta untuk 1 seminar.
So, berapa seminar perlu ada?

5,000 ÷ 100 = 50
50 seminar sahaja dlm tempoh 2 tahun.
Lagi lah senang

1 Tahun = 25 Seminar
1 Bulan = 2 seminar sahaja.


Bukan susah pun nak buat 2 seminar sebulan.
ACHIEVABLE Kan?


Kemudian, kita ada RATIO.
Biasanya 10 sekolah yang kita pergi jumpa,
hanya 1 sekolah sahaja yang berminat.


10 sekolah untuk mendapatkan 1 seminar

Jadi nak dapatkan 2 Seminar sebulan kena pergi berapa sekolah?

20 sekolah.

1 hari 1 sekolah dah blh dapat 2 seminar sebulan.
Susah tak nak pergi 1 sekolah 1 hari?????

Tak susah kan?

Bahkan kita boleh pergi 2 3 buah sekolah sehari.
So, nilah action plan…

Goal & Action Plan ni kita akan masukkan 
ke dalam Auto Suggestion pula nanti.



4. Sediakan Tools- Tools Dulu

i. Vision Board (dah citer sebelum ni)
ii. Auto Suggestion (entry akan datang)
iii. Visualization (entry akan datang)



5. Bermulalah Proses Internalization.

Ingat betul- betul.

INTERNALIZATION adalah proses untuk 
PROGRAMKAN GOAL ke SubCM kita


Untuk TANAM @ PROGRAMkan sesuatu ke dalam SubCM.
Hanya ada SATU KAEDAH sahaja.

Iaitu
PENGULANGAN.
Ulang, Ulang, Ulang
(Spaced Repetition)


Nak ulang Apa????


Ulang GOAL kita!!!!!!
Goal Benda yang Belum ada!
So macam mana nak Ulang????


Gunakan 5 Perkara ni melalui 
Panca Indera KITA yang Hebat
Iaitu:

LIHAT, DENGAR, CAKAP, BAU & RASA 
(Feeling, bukan rasa dengan lidah)


Sebab tu kita kena faham… Sebenarnya

Vision Board untuk kita LIHAT (rangsang PENGLIHATAN)
Auto Suggestion UNTUK kita CAKAP (Baca) & DENGAR
Visualization untuk kita RASA (Feel)

*Kalau tak faham tujuan Vision Board, Auto Suggestion, Visualization. maka... 
ia tidak akan memberi kesan

6. Lakukan PROSES INTERNALIZATION ni 2 Kali sehari

Ambil Vision Board & Auto Suggestion tadi 
dan duduk di TEMPAT SUNYI.
Berseorangan


Pejam mata… tarik nafas panjang- panjang dan RILEKS.
Ulang sehingga RILEKS


Tengok Vision Board


Tengok Gambar & Baca (Sebut @ Cakap) dengan KUAT
Baca Target- Target kita satu persatu


Tetapi perlu baca dengan:

1. DENGAN PENUH EMOSI (Semangat, Bersungguh)
* Kalau perlu genggam tangan. So, gengam tangan supaya dapat feel.
* Kalau perlu sebut kuat & lantang. So buat…. Biar Feel
* Kena demo baru senang nak faham.

2. DENGAN PENUH PERCAYA
* Rasakan dalam hati. Aku boleh capai
* Yakin kita boleh. Percaya, percaya, percaya

3. DENGAN IMAGINASI “DAH DAPAT” GOAL TU
* Contoh kalau nak BMW, waktu “sebut dah dapat BMW 3 series pada 24 August 2013”. Dalam imaginasi kita, kita tengah bawa BMW tersebut. Dapat rasakan suasana waktu drive, dapat rasa stering dia, cornering dia, dapat hidu bau BMW, dapat rasa sejuk aircond dsb



Selesai dengan VISION BOARD. 
Ulang Proses dengan AUTO SUGGESTION pula

***** ULANG 2 3 kali sampai terbit feeling dan semangat dalam hati
***** Ulang, Ulang, Ulang hingga rasa timbul dalam hati “Aku mesti buat”
***** Ulang, Ulang, Ulang hingga rasa tak senang duduk….. 
so kita akan bertindak
Tindakanlah yang akan menentukan HASILNYA nanti


Akan keluar BURNING DESIRE nanti
Akan keluar nanti FIKIRAN @ IDEA- IDEA
Akan keluar nanti ACTION @ TINDAKAN – TINDAKAN


Proses ini akan menghasilkan VIBRATION… 
akan Keluar ACTION dan 
akan membawa kepada ATTRACTION… 
Law of Vibration & Attraction


Okey sehingga setakat ni dulu…

·         Cuba fahami Entry ni betul- betul dulu yer.. 
kita dah makin hampir.

·         Boleh tak reply sama ada faham atau tak. 
Nak tahu feedback

·         Rasa susah nak explain dlm bentuk teks. 
Biasa aku buat penerangan macam dalam kelas.


Banyak lagi benda nak dibincangkan…. Moga Allah permudahkan.


No comments: