Sunday, December 9, 2012

Ziarah



Waktu bercuti ke Kedah hari tu
sempat ziarah tuan rumah sewa & pengasuh anak 
waktu duduk kat Sungai Petani dulu

dah 5 tahun meninggalkan Kedah. 
Tapi setiap kali ke sana tak pernah lupa untuk Ziarah orang- orang 
yang pernah membantu sewaktu tinggal kat sana dulu.


Silaturrahim masih terjalin. 
Kalau diorang datang ke Kelantan pun diorang singgah kat rumah. 
Dah jadi macam satu keluarga.


Tu baru kat Sungai Petani. 
Kat Jitra, Changlung & Chuping Perlis pun aku ada family angkat.

Cuma trip kali ni tak sempat pergi


Ni rumah sewa dulu sewaktu kat Sungai Petani . 
Sebelah Rumah Papan & sebelah lagi Rumah Batu. 2 in 1

Cukup banyak kenangan di Rumah ni. Kat sinilah juga aku banyak study
pasal Goal Setting, Goal Achieving


Dan masih ingat, kat sini juga aku kenal buku
Think & Grow Rich. Tulisan Napolean Hill 
yang banyak memperkenalkan aku dengan Prinsip- Prinsip Kejayaan


Kalau nak Berjaya baca buku ni.... InsyaAllah






Kemudian pergi ziarah jiran- jiran sebelah & bekas pengasuh Kakak dulu


Kak Nah (kiri sekali) & suami Abang Din (kanan sekali).

Diorang ni memang bagus, jaga anak macam anak sendiri. 
Waktu tu diorang ada sorang anak sahaja umur 18 tahun. 
Dah 18 tahun tak dapat anak baru.

Ajaibnya. Lepas kitorang balik ke Kelantan, 
Kak Nah mengandung… dapat anak sorang lagi. 
(Yang Abg Din dukung tu)

Lepas tu Kak Nah & Abg Din dah tak jadi pengasuh dah.
Sibuk layan anak sendiri.


Kemudian singgah makan kat Kedai favourite kami kat SP. 
Kedai RAFI.


Menu paling best kat sini. 
SUP SAYUR. 

Tak ada kedai yang boleh lawan SUP Sayur RAFI ni.


SUP Sayur: Ada sayur campur, ayam & telur. 

Tetiba je rasa lapar. Kecur air liur teringat kat Sup Sayur ni.


Last tumpang tidur kat rumah Abang Ipar kat
Bertam, Kepala Batas. Pulau Pinang


OTW tu tengok Masjid Abdullah Fahim. Waktu malam dia cantik


Jalan Bertam – Tasek Gelugor. 
Ingat waktu mula- mula berniaga biasa lalu jalan ni nak ke Lunas. 
Belum ada lagi masjid ni.


Next day sebelum balik. Ronda- ronda pekan Kepala Batas.


Banyak giler PILIHAN
Pilih- pilih…. Jangan tak pilih



Apa lagi, kerja Shopping. Bagi kat PAKAR nya lah.



Rumah abang ipar. Baru pindah dari Johor. 
Baru transfer kat sini.

Sambil- sambil tu, malam- malam Kak Tini (biras) 
buka gerai depan rumah. Alhamdulillah dah mula niaga.

Teringat masa aku mula- mula berniaga dulu.... 
Kecil- kecilan beginilah jugak

3 comments:

yatie said...

best gak baca blog jeme ni...:)memberi inspirasi

Waqaf Ilmu said...

Thanks Yatie.... saje bagi semangat kat kawan- kawan. Mu takpo suksess doh

yatie said...

Gulp...belum berjaya lagi...cuma surirumah je