Waktu bercuti ke Kedah hari tu
sempat ziarah tuan rumah sewa
& pengasuh anak
waktu duduk kat Sungai Petani dulu
dah 5 tahun meninggalkan Kedah.
Tapi setiap kali ke sana tak
pernah lupa untuk Ziarah orang- orang
yang pernah membantu sewaktu tinggal kat
sana dulu.
Silaturrahim masih terjalin.
Kalau diorang datang ke
Kelantan pun diorang singgah kat rumah.
Dah jadi macam satu keluarga.
Tu baru kat Sungai Petani.
Kat Jitra, Changlung &
Chuping Perlis pun aku ada family angkat.
Cuma trip kali ni tak sempat pergi
Ni rumah sewa dulu sewaktu kat Sungai Petani .
Sebelah Rumah Papan & sebelah
lagi Rumah Batu. 2 in 1
Cukup banyak kenangan di Rumah ni. Kat sinilah juga aku banyak study
pasal Goal Setting, Goal Achieving
Dan masih ingat, kat sini juga aku kenal buku
Think & Grow Rich. Tulisan Napolean Hill
yang banyak memperkenalkan aku dengan Prinsip- Prinsip Kejayaan
Kalau nak Berjaya baca buku ni.... InsyaAllah
Kemudian pergi ziarah jiran- jiran sebelah & bekas pengasuh Kakak dulu
Kak Nah (kiri sekali) & suami Abang Din (kanan sekali).
Diorang ni memang bagus, jaga anak macam anak sendiri.
Waktu
tu diorang ada sorang anak sahaja umur 18 tahun.
Dah 18 tahun tak dapat anak
baru.
Ajaibnya. Lepas kitorang balik ke Kelantan,
Kak Nah
mengandung… dapat anak sorang lagi.
(Yang Abg Din dukung tu)
Lepas tu Kak Nah
& Abg Din dah tak jadi pengasuh dah.
Sibuk layan anak sendiri.
Kemudian singgah makan kat Kedai favourite kami kat SP.
Kedai
RAFI.
Menu paling best kat sini.
SUP SAYUR.
Tak ada kedai yang
boleh lawan SUP Sayur RAFI ni.
SUP Sayur: Ada sayur campur, ayam & telur.
Tetiba je
rasa lapar. Kecur air liur teringat kat Sup Sayur ni.
Last tumpang tidur kat rumah Abang Ipar kat
Bertam, Kepala
Batas. Pulau Pinang
OTW tu tengok Masjid Abdullah Fahim. Waktu malam dia cantik
Jalan Bertam – Tasek Gelugor.
Ingat waktu mula- mula
berniaga biasa lalu jalan ni nak ke Lunas.
Belum ada lagi masjid ni.
Next day sebelum balik. Ronda- ronda pekan Kepala Batas.
Banyak giler PILIHAN
Pilih- pilih…. Jangan tak pilih
Apa lagi, kerja Shopping. Bagi kat PAKAR nya lah.
Rumah abang ipar. Baru pindah dari Johor.
Baru transfer kat
sini.
Sambil- sambil tu, malam- malam Kak Tini (biras)
buka gerai
depan rumah. Alhamdulillah dah mula niaga.
3 comments:
best gak baca blog jeme ni...:)memberi inspirasi
Thanks Yatie.... saje bagi semangat kat kawan- kawan. Mu takpo suksess doh
Gulp...belum berjaya lagi...cuma surirumah je
Post a Comment