Wednesday, December 5, 2012

Cuti - Cuti


Cuti tahun ni sangat ringkas
sebab belum Achived Target tahun 2012.

Pergi hari Khamis, balik hari Sabtu


PLAN nak ke Lost Word of Tambun. 
Tapi sebab Ummi dia ada urusan bisnes kat Sungai Petani
So bawa anak- anak ke The Carnivall Sungai Petani. 



Untuk anak- anak kecil cukup sesuai kat sini

Pemandangan di The Carnivall cukup Cantik.



Pantai. Semua pelampung- pelampung tu FREE!


Santai


First Layan Kakak , Kak Ngah & Haqeem main Kolam dulu.


Pelampung yang disediakan tidak sesuai utuk kanak- kanak 2 tahun. 
Terpaksa juga beli Itik untuk Haqeem



Puas main, Rehat Kejap. Makan- makan aiskrim.
Kat sini ada jual Makanan, macam kat tepi pantai suasana di sini




Haqeem sempat tidur se Round. Kumpul tenaga untuk 2nd Round


Pastu Sambung main tak atas pulak


Giliran dua beradik ni pula bertugas “memantau”


Ummi lebih seronok dari anak- anak


Layan Hero mmg Penat.


Last- last lepas dia main sendiri.





Kak Ngah suka santai jer.


Kakak pula lepas main dengan sepupu dia Khairina Batrisyia & Ayah Long dia Zunnaidy


Sekali masuk dalam Dunia Kanak- Kanak. Best juga
Last Layan Water Coaster


Naik dengan Kakak.

 Ada satu lagi tempat yg tak guna pelampung.
Tak sempat ambil gambar. Bateri dah habis.


Sekali bercuti, Released rasa. Seronok layan anak- anak. 

Sunday, December 2, 2012

Pentingnya LATIHAN

LATIHAN = Pengulangan @ Repetition


Apa maksud LATIHAN??
belajar dan membiasakan diri agar mampu melakukan sesuatu 

Ada tak orang melakukan LATIHAN hanya sekali???

Tak ada kan?

Kalau hanya sekali, orang tak panggil latihan. 
Bila sebut berlatih je. mesti buat, buat, buat berulang kali!


Berlatih Silat


 Taekwondo


Dulu belajar silat. Petang- petang belajar
tumbukan, tendangan, buah, kunci & sparing

Dulu tak paham. kenapa asyik berlatih tumbuk angin je
Sekarang baru faham...... 


Kita berlatih, berlatih, berlatih

Apa tujuan???

Tanpa sedar, rupanya kita melakukan proses SAVE @ PLANT
Kita PROGRAM kan pergerakan- pergerakan ke dalam SubCM kita

Hasilnya!!!

Pergerakan kita akan menjadi Automatik
Kalau ada orang tumbuk kita

Kita akan ELAK secara Automatik
tanpa sekali pun perlu BERFIKIR
"Aku kena Elak ni" 

Kalau kita tidak pernah sekali pun belajar 
dan berlatih

Pasti kita TIDAK SEMPAT MENGELAK!

Sebab tiada Program di dalam SubCM!


Dengan latihan yang betul dan berterusan.
Kita boleh capai tahap yang MENAKJUBKAN

Tahap SuperHuman

Lihat video ni



Dan Juga Video ni:


Thursday, November 29, 2012

Internalization part 2


Internalization


Sebelum kita bincang bagaimana proses INTERNALIZATION

Kita tengok tools- tools yang boleh kita guna 
untuk proses INTERNALIZATION tersebut


Aku biasa guna 4 tools:

1. Vision Board (VB)
2. Autosuggestion (AS)
3. Visualization (VS)
4. Personal Mission Document (PMD)


Perlu diingat sekali lagi. Kebanyakan orang FOKUS pada tools ni.
Ramai yang dah buat Vision board, Autosuggestion, Visualisation & PMD.


Tapi tak ramai yang FOKUS pada 
Proses Internalization 
(iaitu cara guna tools dengan betul)


Tools tidak akan berguna kalau kita TIDAK TAHU cara nak guna.

Sama macam benda ni

tak tahu guna, memang tak berguna


#1: Vision Board (VB).

VB adalah satu tools 
untuk merangsang deria penglihatan kita.


Untuk simpan ke dalam Minda Separa Sedar
(lepas ni baca SubCM – Subconsious Mind) 
kita kena Rangsang Deria Penglihatan secara berulang- ulang.


Nampak gaya kena terangkan proses Intenalization dulu baru senang nampak.
Takpe.. next entry aku citer proses INTERNALIZATION.


GOAL yang dah masuk dalam SubCM akan menjadi BURNING DESIRE...
Burning Desire akan mewujudkan DRIVING FORCE… 
Driving Force akan menyebabkan kita TAKE ACTION... 
ACTION lah yang akan menentukan kita 
Capai @ Tidak GOAL / TARGET / MATLAMAT kita.

Dengan kata lain, sebenarnya
Tujuan kita Set Goals, Buat Vision Board
Guna Autosuggesstion, Buat PMD

Tujuannya hanya satuuuuu....

Untuk wujudkan ACTION
@
Aktiviti yang akan MENDEKATKAN kita 
kepada GOALS kita.



Ni VB aku tahun 2011. 
Macam- macam rupa VB ni.

Yg selalu orang guna lain sikit. Dia lebih umum. 
VB aku lebih spesifik sikit. Sebab aku buat target ikut Tahun.  


(Nanti aku tunjuk VB yg selalu org guna)


Tiap- tiap tahun aku akan buat benda ni. 
Aku akan print, tampal kat semua tempat yg senang tengok.

Selain VB saiz A4 & saiz poket, 
Aku juga cetak banting, biasanya saiz 4’ x 3’ 
Tampal kat Bilik Tidur. 

Tahun depan ada Office kat Rumah. 
So akan tampal kat situ untuk VB tahun depan.



Selain tu aku tampal juga gambar- gambar begini. 
Untuk rangsang SubCM aku


Showroom BMW kat PJ. 
Teman Ahmad Hishamuddin ambil BMW 5 Series dia

Ahmad Hishamuddin & 5 Seriesnya



Showroom kat KB.

Sebelum beli BMW, tah berapa banyak gambar dah aku ambil dengan BMW. 
Ni yang masih ada dalam simpanan
Dan dah berapa banyak Show Room dah aku jelajah.  


Semuanya bertujuan untuk Rangsang SubCM


Ni kat Pameran Aman Razak di Tesco KB


Last aku buat lagi satu spesifik VB. 
Khas untuk beli BMW


Aku ingat buat VB ni pada Mac 2011. 
Siap dengan Action Plan.


Alhamdulillah, BMW aku keluar pada 30 MEI 2011. 
Awal 2 bulan dari VB ni. Dan Awal 7 bulan dari Planning Asal.


Syukur padaMu ya Allah.

Next Entry aku akan citer pasal Proses Internalization.
 Pastu aku akan terangkan tentang lain- lain tools tadi,
 Autosuggestion, Visualisation dan PMD.

InsyaAllah....



p/s: Sekali lagi di ingatkan. Kita hanya Merancang. Jangan lupa Kudrat & Iradat Allah. 
 p/s: Minta LIKE @ Share. Like kat bawah ni untuk Publish ke Facebook anda.Tqvm. Moga memberi manfaat kepada lebih ramai sahabat- sahabat.

Tuesday, November 27, 2012

Bill Gates pun failed

Result UPSR baru sahaja KELUAR

Tahniah kepada yang mendapat 5A
Tahniah kepada yang mendapat 4A
Tahniah kepada yang mendapat 3A
Tahniah kepada yang mendapat 2A
Tahniah kepada yang mendapat 1A
Tahniah kepada yang tidak mendapat apa- apa A

Yang rasakan diri mereka tidak berjaya. 
Jangan PUTUS ASA!

Exam bukan PENENTU


Sebab Untuk 
BERJAYA DALAM KEHIDUPAN

Tidak bergantung kepada EXAM semata- mata

Untuk BERJAYA, kita Mesti

Spiritual STRONG
Intellectually SOUND
Emotionally STABLE
Physically FIT

Sunday, November 25, 2012

Internalization Part 1

Kenapa Tak Achived GOAL???

Sedangkan GOAL dah Ada!

Jawapan nye senang sahaja


Sebab GOAL kita hanya ada kat 
Minda SEDAR/ TABIAT/ MANUAL


Bila GOAL berada kat SINI
Sekali kita FIKIR pasal GOAL kita, Sekali Jalan
Masa ni kita akan buatlah aktiviti- aktiviti yang mendekatkan kita dengan GOAL kita


Selang 2 3 hari. Kita leka, asyik dengan benda lain
Kita akan LUPA GOAL kita
Kita akan HILANG FOKUS


Sebab ingat balik! 
Setiap benda yang ada kat Minda SEDAR ni. Kita kena FIKIR baru buat
Baca entry ni untuk lebih faham: Klik Sini



Macam Mana nak ACHIEVED GOAL????

So, GOAL kena ada KAT SINI 



Bila GOAL dah ada Kat SINI insyaALlah kita akan capai GOAL Kita
Bila GOAL dah ada Kita Sini dia dah jadi
BURNING DESIRE




Macam Mana nak DAPAT Goal Kat SINI????

Kena buat Proses INTERNALIZATION




KENAPA Kena Ada Kat Minda Separa Sedar?


Sebab kita nak, seluruh anggota tubuh, fikiran, persekitaran, aura dan segala sumber- sumber yang kita akan ada akan melaksanakan ARAHAN- ARAHAN @
AKTIVITI- AKTIVITI @ IDEA- IDEA dsb
yang akan menjurus kepada MATLAMAT (GOAL) kita secara AUTOMATIK
Secara Kita TIDAK SEDAR



Bila GOAL ada kat SINI
Idea- Idea akan datang Mencurah- Curah
Kita FOKUS
Kita AKAN SEDIAKAN MASA
Kita BELAJAR KALAU TAK TAHU
Dsb


Ambil CONTOH mudah
BAGAIMANA SITUASI KITA bila


NAK HANTAR ASSIGNMENT ESOK!!!
Assignment yang akan menentukan HIDUP MATI kerjaya kita

Macam- mana agaknya reaksi kita????

Sebenarnya, tanpa kita sedar. Pada masa tu, GOAL Kita (Siapkan Assignment) 
Dah masuk ke Minda Separa Sedar
Dah BERTUKAR menjadi BURNING DESIRE





Kita Kena Ingat
Keupayaan Minda SEPARA SEDAR jauh lebih besar dari Minda SEDAR



BAGAIMANA???? 

Dah Tak SABAR???
Dah FAHAM BETUL KE KONSEP NI????

Kalau Dah... JOMMMM Next Entry

Thursday, November 22, 2012

Achieved Goal Automatik


Seminggu dua ni ramai yang bertanya pasal

GOAL SETTING

Mungkin sebab baru masuk Tahun Baru Hijrah
Dan lagi sebulan nak masuk Tahun Baru Masihi pulak



So, hari ni nak sentuh topik:
Macam mana nak ACHIEVED GOAL secara AUTOMATIK

Maksudnya, bila set je GOAL dapat. 
Set lagi satu GOAL dapat. 
Set lagi satu GOAL pun dapat.
 
Dan dia akan dapat secara AUTOMATIK
Macam Autopilot




Cemana nak Achieved Goal  Secara Automatik?

Perhati contoh ni baik- baik


Cuba ingat balik masa MULA- MULA belajar MEMANDU

Nak tekan CLUTCH kena Pikir
Nak tekan BREAK kena Pikir
Nak masuk GEAR kena Pikir
Nak bagi SIGNAL kena Pikir
Semua benda kita kena Pikir


Sekarang dah mahir memandu


Sambil- sambil berbual


Sambil- sambil telefon, mekap lagi

AWAS: Jangan tiru aksi- aksi diatas, salah

Sambil- sambil makan @ minum
Sambil- sambil pikir masalah kerja


Alih- alih dah sampai. 
Kita tak payah pikir pun bila nak masuk gear, 
nak tekan clutch, nak tekan break, nak bagi signal.

SEBAB

Proses Memandu dah jadi AUTOMATIK

Macam mana boleh jadi Macam TU?
Kena paham MACAM MANA MINDA KITA BEKERJA


Okey


MINDA dibahagi kepada 2

#1: Minda SEDAR
Minta FIKIR (definisi Prof Muhaya)
Minda MANUAL (defenisi aku sendiri)

Buah fikiran yang ada kat sini hanya akan terlaksana 
bila kita kena FIKIR nak buat, baru dia buat


#2: Minda SEPARA SEDAR
Minda TABIAT (definisi Prof Muhaya)
Minda AUTOMATIK (definisi aku sendiri)

Program minda yang ada kat sini akan dijalankan secara automatik. 
Kita TAK PAYAH FIKIR, dia jalan sendiri



Oleh kerana kita BARU belajar MEMANDU
Maka, segala proses memandu spt Masuk Gear, Tekan Clutch, 
Tekan Break, Bagi Signal MASIH berada dlm minda SEDAR/ FIKIR/ MANUAL

So, nak buat semua tu kita akan terkial- kial, tercari- cari. 
Kena FIKIR dulu baru boleh buat


Bila dah MAHIR Memandu
Sebenarnya, segala proses memandu spt Masuk Gear, Tekan Clutch, 
Tekan Break, Bagi Signal TELAH berada dlm minda SEPARA SEDAR/ TABIAT/ AUTOMATIK

So, nak buat semua tu kita tak perlu FIKIR dah


BAGAIMANA 
Proses Memandu tadi telah diprogramkan 
ke dalam Minda Separa Sedar/ Tabiat/ Automatik?

Hanya satu cara:

REPETITION @ PENGULANGAN

Kita buat, buat, buat hari- hari.....
Lama- lama jadi Tabiat
Lama- lama jadi Automatik


Okey... ada masalah sikit
Itu kalau Aktiviti Harian, macam memandu
Bolehla kita buat, buat, buat, hari- hari

Macam tukang taip. Hari- hari menaip,
lama - lama tak payah tengok Keyboard


Masalahnya
GOAL @ TARGET kita bukan Aktiviti harian
Macam mana nak ulang2 buat?

Goal mesti benda yang belum kita dapat. 
Benda yang di hadapan
Benda yang belum berlaku

Contoh: Goal kita nak jadi Jutawan. Sekarang ni kita belum Jutawan
Contoh: Nak beli BMW. Sekarang ni kita belum beli lagi


Cemana nak buat?


Okey, kat sinilah amat- amat memerlukan proses 
INTERNALIZATION

iaitu:
Cara untuk pasang @ programkan GOAL kita ke dalam
Minda Separa Sedar/ Minda Tabiat/ Minda Automatik

Banyak tool yang kita boleh gunakan spt
Visualization
Vision Board
Autosuggestion
Personal Mission Document dsb

Proses Internalization ni la ramai yang tak tahu
Sbb tu ada GOAL tak capai
Ada Vision Board tak berkesan
Ada Autosuggestion tak jadi jugak


Okey, panjang sangat dah. Nanti Next Entry sy citer pasal proses INTERNALIZATION ni


Contoh bagaimana saya gunakan proses ni untuk dapat BMW
Klik link bawah ni:



Walaubagaimana pun JANGAN LUPA tentang 
KUDRAH & IRADAH ALLAH SWT

Ini hanyalah sebagai USAHA selari dengan SUNNATULLAH
Kita Hanya Merancang, Allah Yang Menentukan


p/s: Sebar- sebarkan entry ni kat sahabat- sahabat yang
nak belajar Achieve Goal