Wednesday, March 25, 2015


Assalamualaikum

InsyaAllah pada 1 Jun 2015 nanti, kami akan melancarkan projek GOOTWO.net (http://www.gootwo.net).

Sempena Pra Pelancaran ni kami ingin menjemput semua pemilik:
  • Rumah sewa
  • Homestay
  • Bilik untuk disewa
  • Apartment
  • Kereta sewa
  • Van, MPW, 4WD untuk disewa
  • Kedai - kedai makan, restoran best- best 
untuk meletakkan iklan anda secara percuma di http://www.gootwo.net 

Terima kasih. 





Wednesday, March 4, 2015

[ Cara paling mudah utk dapatkan nombor telefon prospek ]

Sangat berguna untuk usahawan yang selalu buat direct approach.

SHARE jika bermanfaat.



Tuesday, March 3, 2015



[ MULA BISNES DENGAN KELUARKAN PRODUK SENDIRI ]

Ni satu penyakit orang kita.

Mula bisnes terus nak buat produk sendiri.

Marketing tak pernah buat
Sales tak pernah buat

Bila produk dah siap
Tak ada orang nak beli

Saya cadang
Kalau anda ingin buat bisnes sendiri

Jual dulu produk orang lain yang sama

Belajar macam mana nak jual
Cari pelanggan ramai ramai
Bina network dulu
Kenal sepak terajang dlm bisnes tu dulu

Lepas ni bila nak ada produk sendiri
Kita dan bersedia!

----------
Bagi yang masih pening2 tak tahu macam mana nak mula bisnes atau tak tahu nak jual apa pun,

Jom ke Klinik MULA BISNES DARI KOSONG

YURAN PERCUMA

Sasaran kami, anda dapat mula bisnes 24 jam selepas klinik.

http://www.facebook.com/mulabisnesdarikosong


Ikhlas
Azman A Aziz
016-9864989



Monday, October 13, 2014

Thursday, October 9, 2014

Perniagaan Alaf Baru Yang Canggih


Siapa Ungku Aziz?

Kenapa Ia bekata begitu?

https://app.getresponse.com/site/rahsiajutawantakaful/webform.html?wid=5027601&u=OGD4&mg_param3=4


Tuesday, October 1, 2013

6 Pillars of Industry Millionaires: Rahsia Tak Ternilai

Dulu bila sebut "Nak Jadi Jutawan" rasa,
- Mustahil
- Susahnya
- Lambatnya 
- Bila nak capai?

Dan pelbagai lagi respons diberikan.

Sekarang, TIDAK lagi. Menjadi Jutawan sangat mudah. InsyaAllah dengan izin Allah.

Syukur sangat- sangat berpeluang menyertai Seminar Intensif Jutawan Industri 2013 (IJI 2013) oleh Dr Azizan Osman.


Modul ni bernilai RM1 Juta

Disini Dr Azizan memberikan RAHSIA BESAR bagaimana pemain- pemain besar dalam industri mencipta nama mereka, mencipta "brand" mereka dan memposisikan "brand" mereka di dalam industri sehingga menjadi peneraju di dalam industri mereka. 

Contoh paling mudah, jenama Dr Azizan Osman & Richworks sendiri. Beliau berjaya meletakkan dirinya Dr Azizan Osman sebagai Mentor Pemasaran No #1 Asia dalam masa yang sangat singkat. 

6 Pillars yang diberikan oleh Dr Azizan Osman, pada saya ia merupakan Rahsia yang Tidak Ternilai. Ianya panduan untuk kita mencipta nama & memposisikan brand kita langkah demi langkah untuk meletakkan kita sebagai pemimpin di dalam industri sekaligus menjadi Jutawan Industri.


Sarat dengan Ilmu

Saya juga dibekalkan dengan strategi- strategi yang sangat praktikal untuk dilaksanakan. Sekarang saya tengah mengatur startegi- strategi yang telah diberikan di dalam IJI 2013. Dan insyaAllah sebagai langkah pertama, Seminar Mahasiswa Jutawan 2013 akan diadakan di Kolej Komuniti Kuala Nerang pada 21 & 22 Oktober 2013.

InsyaAllah saya akan kongsikan perjalanan Seminar Mahasiswa Jutawan 2013 nanti. 

Tuesday, June 11, 2013

Kesilapan Peniaga Internet

Salam

Antara kesilapan Peniaga Internet.
Buat page, blog @ website yang bagi info semata - mata.

Page, blog @ website diorang tak boleh nak CONVERT
PENGUNJUNG kepada PEMBELI!!!

Betul tak Sifu Faisal Abdullah?

http://tinyurl.com/formula-sifufaisal

Monday, June 10, 2013

FORMULA



Ada lagi yang bertanya tentang bengkel STP hari tu.

Aku ada rekomen bengkel STP (Simple Tapi Power) sebelum ni

Ramai yang tanya...
Kan dia ajar guna FB Ads? Kenapa perlu masuk Bengkel la, 
beli DVD la... 

Okey. jawabnya FORMULA. 

Diorang ni dah Suksess. Dan dia orang dah ada formula untuk berjaya
Formula ni adalah ramuan @ kombinasi beberapa bahan dan juga langkah- langkah yang perlu diambil. 

Pendek kata diorang tahu apa perlu buat.


Dengan FORMULA ni diorang tahu:
  • Bagaimana nak buat iklan yang terbaik
  • Iklan yang paling banyak dapat order
  • Teknik paling cepat iklan kita tersebar
  • Teknik nak dapat iklan yang paling murah
  • Paling tak ambil masa kita (boleh tinggal gitu je)
Semuanya dah TERBUKTI berkesan.

So itulah pentingnya bengkel ke, DVD ke. Kita belajar dari sifu- sifu ni
Kita jimat masa.... jimat tenaga nak hadapi learning curve ni. 

Diorang eksperimen, diaorg try. Bila sukses diorang share. 

Kita follow part yang sukses tu je. hahaaa

Bengkel STP antara FORMULA yang terbukti untuk Online Marketing.
Tengok hasil kejayaan STP kat sini

Sunday, June 9, 2013

RM 1,000,000

Angka KERAMAT!!!
Angka yang dikejar- kejar oleh ramai orang!

Kenapa RM 1,000,000?
Dengan meletakkan RM 1,000,000 di tempat2 yang memberikan pulangan 6% setahun.
Kita akan mendapat pulangan RM 60,000 setahun.
Iaitu bersamaan RM 5,000 sebulan.

Wooowww….

Kalau RM 10j pula, pulangan RM 600,000. Lebih setengah juta setahun (RM50,000 sebulan)

Macammana nak dapat RM 1,000,000 Pertama?
Macam mana Adam Khoo jadi jutawan dalam tempoh 2 tahun sahaja?
Pada umur 26 tahun pula tu!

Aku akan share apa yang Adam Khoo buat
Dan apa yang kita boleh buat (langkah yang praktikal)

Errkkk ramai ke yang nak tahu?
Komen “nak tahu” nnt aku share Personal untuk yang nak tahu sahaja.

p/s: Aku belum jutawan… tapi insyaAllah sudah nampak jalan, sudah ada action plan dan sedang berusaha!!

Thursday, June 6, 2013

Confuse: Bengkel STP vs Ninja Marketing

Semalam aku rekemen DVD Bengkel STP yang dikendalikan oleh Sifu Faisal Abdullah. Ramai pulak yang PM & SMS nak tahu detail.

Minta maaflah tak sempat nak layan semua. Aku tgh study, esok ada Exam BAMC. Sempat layan 2 3 orang je lah.

Rata- rata confuse dengan DVD FB Ninja Marketing.


Okey. Dua – dua tu Sifu Faisal Abdullah punya. Tapi kena tahu beza.

DVD Bengkel STP ni lebih umum & menyeluruh, cerita konsep asas @ fundamental, formula dan teknik2 yang ada. Dia juga ajar cara nak buat Iklan just guna Powerpoint. Cukup senang.

Ilmu STP ni boleh dikatakan sbg gabungan Facebook Advertising dengan Psikologi dan penulisan penjualan (Ayat Power), serta strategi mendapatkan repeat order dan untung besar.

DVD FB Ninja Marketing pulak cara- cara nak buat FB Marketing. Step by step.

Ramai yang dah ada DVD Ninja, dah buat teknik2 diajar dan dah blh hasil pun. Tapi kalau lebih faham asas lagi korang nampak banyak lagi benda boleh guna.  Rasa blh boom lagi sales.

DVD Bengkel STP ni aku gerenti ramai yg takde… sebab dulu STP dalam bentuk bengkel. Kena attend kelas. Skrg Sifu Faisal dah tak sempat nak buat. So dia buat rakaman bengkel STP terakhir kat Puchong hari tu.

Aku rasa DVD ni lebih bagus, lebih untung. Tak perlu nak attend kursus (jimat kos). Harga pun lebih murah dari harga bengkel. Pastu boleh tengok bila- bila masa. Nak refresh @ tak faham blh ulang balik.

Lepas aku hadir bengkel, aku ada share dgn beberapa kawan. Ramai yg berminat nak join bengkel tapi tak sempat. Bengkel penuh & ada tu clash ngan jadual sendiri. So, blh tgk DVD ni.



p/s: Aku exam esok. PM lusa lah kalo nak sembang. 


HIGHLY RECOMMENDED



Sapa nak buat Bisnes Online???

Bengkel paling BEST aku pernah join
Dan paling cepat dapat hasil.
Sales naik gila- gila lepas guna teknik ni

Sapa yang nak buat bisnes online (FB Marketing especially)
Aku amat – amat rekomen.
Tak kira la dah ada produk @ belum
Atau dah start bisnes @ belum 
blh try teknik Simple Tapi Power (STP) ni.


Aku join Bengkel Simple Tapi Power ni Jan 2013.
Balik bengkel terus apply… sales naik gila- gila.
Sekarang ni tgh cari beberapa produk lagi… nak setup online biz untuk Wife pulak.

Tengok HASIL Gila Gila peserta yg pernah join bengkel ni.

Saturday, January 5, 2013

Payment

Salam... 

Bermula Januari 2013. Saya ingin KURANGKAN bayaran secara CASH. Untuk itu saya menyediakan alternatif- alternatif untuk pembayaran Premium. 

Kaedah bayaran boleh dilihat disini:
KAEDAH BAYARAN



Kaedah bayaran yang paling digemari pelanggan adalah Autodebit, Credit Card atau Debit Card. 

Pelanggan juga boleh membuat pembayaran sendiri melalui ATM, Kaunter Bank atau Online Banking. Contoh kaedah Bayaran melalui Online Banking:

1. Maybank2u
2. Cimbclicks
3. Bankislam

Terima Kasih kerana bersama Prudential

Selamat Tahun Baru 2013


Salam....

Selamat Tahun Baru 2013 semua... 

Thursday, December 20, 2012

Autosuggestion - Penting

Ni satu lagi teknik yang aku gunakan dalam 
Proses Internalization
Dipanggil
Autosuggestion @ Affirmations


Kita tulis Goal & Action Plan di dalam kertas
Kemudian baca ulang- ulang setiap pagi dan malam


Cara baca macam aku citer dlm bab Proses Internalizations
Iaitu kena: 
Relaks, Penuh Percaya, Penuh Emosi & Anggap dah Tercapai


ni contoh Autosuggestion waktu mula jadi Agent Prudential dulu
(kali pertama didedahkan di public, ISLAH DYNAMIC ASSOCIATES aku dah lama tunjuk)




Yepppp... aku baca hari- hari, 2 kali sehari
(macam makan pil pulak)

Aku print pelbagai saiz.... 
ada saiz A4, ada saiz poket
Letak di pelbagai tempat, kat bilik, kat office, kat dlm kereta

Baca, baca dan baca setiap masa


-+-+-+-

Bila ditanam benda ni dalam Minda hari- hari
Akhirnya dia akan bertindak sendiri


Contohnya statement ni:

"Aku mesti mendisiplinkan diri untuk membuat PHONE CALL dari pukul 9:30 - 10:30 pg setiap hari. DISCIPLINE, DISCIPLINE, DISCIPLINE!"

Ni Affirmation yang aku paling suka.


Hasilnya: 
Kol 9:30 jer automatik akan ada satu desakan dalam hati... 
hati akan berkata
"Kau mesti buat Phone Call Sekarang!"


Desakan- desakan ni akan berulang- ulang dalam hati
Kalau tak buat jugak akan rasa bersalah 
dan rasa macam ada sesuatu tak kena
Akhirnya kita akan bertindak.... 
Akhirnya kita akan buat... 


Beginilah caranya bagaimana aku boleh Istiqamah.


Alhamdulillah.. banyak benda yang aku boleh Istiqamah
dengan melakukan Autosuggestion.

Bukan dalam urusan dunia sahaja.... 
dalam urusan Akhirat pun boleh diamalkan.



Kalau sesiapa nak ISTIQAMAH Qiamullail & 
Baca AlQuran 1 juzu' sehari pun boleh dengan kaedah ni.

Kadang kadang walaupun tidur pukul 1 @ 2 pagi. 
Masih boleh bangkit pukul 4:30 pagi.

Sebab tubuh & mental kita dah ready.


Tubuh & Mental kita amat berkuasa sebenarnya
Kita sahaja yang belum pandai menggunakannya


 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. 

(Surah At Tiin, Ayat 4-5).

Tuesday, December 18, 2012

JUTAWAN dalam SubCM

Bila kita fokus Minda kita 
"Nak Jadi Jutawan, Nak Jadi Jutawan"


Automatik perkataan "JUTAWAN" menjadi semacam MAGNET


Pantang dengar @ tengok, terus kita akan FOKUS
Kita akan TERTARIK

Contoh tetiba jer terpandang poster camni

Terus mata akan terpaku.... 
Pasti nak tahu detail

Bila aku dah set nak jadi JUTAWAN
Segala benda yang berkaitan JUTAWAN aku mula ambil tahu

Entah sejak bila aku mula ambil tahu pasal JUTAWAN- JUTAWAN
Sebut saja JUTAWAN Malaysia, JUTAWAN Dunia... kebanyakannya aku tahu


Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Mustapa Kamal, Lim Goh Tong, Robert Kuok, Ananda Krishnan kebanyakannya aku tahu...

Jutawan Dunia... 
Carlos Slim, Bill Gates, Warren Buffet.... 

kita akan kenal


Hari ni singgah kedai buku. Terjumpa buku ni


Pertama kali jumpa buku khusus mengenai Tan Sri Mokhtar
Apalagi... terus sambar la. 


 Tengok Empayar Perniagaan Tan Sri


Kata- kata menarik Tan Sri 

Paling menarik sifat Dermawan beliau... 
yang memang diasuh oleh maknya dari muda lagi
1/2 dari pendapatannya diSEDEKAHkan bermula dari gaji pertama beliau

Tapi sifat menderma tidak sekalipun menyebabkan beliau papa @ jatuh miskin


Saturday, December 15, 2012

Visualization - Penting

Berikut beberapa siri video 
untuk menunjukkan bahawa betapa pentingnya
VISUALIZATION
(Mental Rehearsal)
untuk membantu anda mencapai GOAL/ IMPIAN anda


Visualization juga disebut sebagai MENTAL REHEARSAL
Prosesnya cukup mudah;

Kita create Gambar @ Video tentang apa yang
kita inginkan di dalam minda kita. 
Kemudian ulang- ulang tayang video itu (dalam minda)
Lakukan 5 - 10 minit setiap hari

Jika anda terlibat dalam sales misalnya:
Boleh bayangkan anda sedang present kepada prospek.
Prospek gembira mendengar penjelasan anda
Prospek faham apa yang anda terangkan 
Anda terangkan dengan penuh Ikhlas dan bersemangat
Prospek bersetuju dengan cadangan yang anda tawarkan. 
Then Close deal

*sewaktu membuat gambaran libatkan semua pancaindera anda:
Ada bunyi, ada bau, ada rasa, ada feeling. Biar anda betul- betul dapat merasai suasana saat tersebut.


Jika anda perlu membuat persembahan:
Bayangkan anda naik ke pentas
Dapat tepukan gemuruh
Anda tarik nafas dan memulakan persembahan anda dengan jayanya
Semua orang gembira dan hingga akhir......  


Jika semua ni anda pernah lakukan.
Lagi senang... bayangkan saat2 yang TERBAIK anda pernah alami
Contoh, bayangkan (refresh) balik saat- saat anda Close Big Deals tempohari
Tentu anda masih ingat saat tu... 

Tujuannya... supaya ia masuk ke dalam Subconscious Mind

PENTING!!!!
Kunci Kejayaan VISUALIZATION adalah:
"Sentiasa bayangkan Anda TELAH mencapainya"

"TELAH BERJAYA!, TELAH CLOSE DEAL!, TELAH DAPAT MEDAL!"



Ni contoh bagaimana Visualization dapat membantu
mencapai matlamat




Dalam siri- siri Goal Achieving @ www.azmanaziz.com ni
saya telah perkenalkan beberapa term yang mungkin dah biasa dengar 
atau ada juga yang belum pernah didengar antaranya

Internalization, Visualization, Subconscious Mind, Mind Setting, dsb.


Kali ni saya ingin perkenalkan tentang
Muscle Memory

Ia sebahagian dari Visualization.
Ia juga boleh membantu kita mencapai goal secara Automatik

Tengok Video ni:

Muscle Memory

Kita tengok bagaimana atlit lain 
menggunakan kaedah ni untuk mencapai IMPIAN mereka



Bagaimana mereka lakukan


dan ni lagi satu contoh Visualization... 
"Miracle Man" 

Menggunakan Visualization untuk sesuatu yang dianggap mustahil


So itu sahaja dulu untuk pengenalan......


Dan ni ada satu artikel yang menarik tentang Visualization:


Does Visualization Really Work? Here’s Evidence That It Does



p/s: Boleh faham pasal Visualization???

Friday, December 14, 2012

Tahniah ID Team

Tahniah Ku Alauddin 


dan 


Terima Kasih 
Team ID Associates Kuantan


Especially Nor Hashidah (tengah) & Nurul Ain (dua dr kanan)


Kerana assist client masuk ward kes kecemasan. 
Kes Appendik tengah malam
Operation dilakukan pada pukul 3 pagi


Ni feedback yang client post kat Group FB dia

"Assalamu'alaikum.. Fyi.. Anak kawe hok no 2 akan dioperate mlm ni di kpj sbb apandiks.. Syukur masuk insuran awal.. Lps cooling period.. Assistance dr grp ku alaudin pun sgt2 bagus, Alhamdulillah.. Tkasih"


dan kat Facebook dia


Foto



Dr Mohd Razali Bin Daud
Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Universiti Malaysia Pahang
anak msk wad operate Apendiks d Kuantan Specialist Hospital

*Dengan Izin beliau.



Ini menunjukkan bahawa Client amat berpuas hati dengan servis yang kita tawarkan

Sekali lagi... Terima Kasih tak terhingga kepada 
Team Islah Dynamic Kuantan



Wednesday, December 12, 2012

Proses Internalization


PROSES INTERNALIZATION

*Perbincangan hari ni Amat Penting untuk difahami.
So minta baca pelan- pelan.
Ulang- ulang baca beberapa kali
Baca satu ayat ke satu ayat dan cuba fahamkan setiap ayat


Dalam entry sebelum ni kita bincangkan tentang
Bagaimana nak Achieved Goal secara Automatik
Caranya, dengan menanam GOAL kita ke dalam SubCM

Sebab jika GOAL kita berjaya
diPROGRAMkan ke dalam SubCM
Maka SubCM akan mengarahkan setiap sumber- sumber 
(fizikal, emosi, fikiran) 
bergerak ke arah mencapai GOAL kita tanpa kita SEDAR @ Automatik


Sapa yang belum baca Entry sebelum ni.... 

Baca Entry ni dulu untuk lebih Memahami



Bagaimana nak memPROGRAMkan GOAL ke dalam SubCM?



Melalui PROSES INTERNALIZATION



Gambar: Proses Internalization



PROSES INTERNALIZATION


Proses Internalization melibatkan STEP – STEP berikut.

1. Pastikan ada SMART GOAL!
    
Bukan sekadar GOAL biasa tapi 
S.M.A.R.T Goal.
    S = Specific, 
M =  Measurable, 
A = Achievable, 
R = Realistic, 
T = Time-based


Contoh: 
“Bermula pada 1 Jan 2013 aku telah mendapat pendapatan RM 20,000 sebulan”


Tak boleh sekadar letak. 
“Aku nak bendapatan besar” @ “aku nak kaya”.

* kita akan bincang bab khusus untuk SMART Goals




2. Pastikan SMART Goal ni dalam bentuk BERTULIS.

Kalau ada Color- Color @ Gambar- Gambar lagi elok


3. Pastikan ada ACTION PLAN

Iaitu rangka kerja bagaimana nak capai Goal ni.

Contoh paling menarik kisah Adam Khoo.
Bagaimana nak dapat Pendapatan
$ 1,000,000

hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja
pada umur 26 tahun.



Susah tak nak dapat pendapatan $1,000,000 dalam 2 tahun?

SUSAH kalau pikir logik kan
Tapi TAK SUSAH bila kita ada Action Plan.


Cuba perhatikan bila kita buat Action Plan camni:


Nak Dapat $1,000,000.
Adam Khoo nampak peluang begini.



Setiap pelajar di Singapura diberi elaun $300
untuk Program Pembangunan Diri
(beli buku, hadir seminar, kursus, bengkel dsb)


Dia mahu adakan Seminar dengan yuran $200 seorang.
So berapa orang yang dia perlu cari?

$1,000,000 ÷ $200 = 5,000
5,000 Peserta sahaja!!


Susah tak nak dapat 5,000 peserta dalam tempoh 2 tahun?
Dah nampak makin senang kan?


Okey. Kalau 100 orang perserta untuk 1 seminar.
So, berapa seminar perlu ada?

5,000 ÷ 100 = 50
50 seminar sahaja dlm tempoh 2 tahun.
Lagi lah senang

1 Tahun = 25 Seminar
1 Bulan = 2 seminar sahaja.


Bukan susah pun nak buat 2 seminar sebulan.
ACHIEVABLE Kan?


Kemudian, kita ada RATIO.
Biasanya 10 sekolah yang kita pergi jumpa,
hanya 1 sekolah sahaja yang berminat.


10 sekolah untuk mendapatkan 1 seminar

Jadi nak dapatkan 2 Seminar sebulan kena pergi berapa sekolah?

20 sekolah.

1 hari 1 sekolah dah blh dapat 2 seminar sebulan.
Susah tak nak pergi 1 sekolah 1 hari?????

Tak susah kan?

Bahkan kita boleh pergi 2 3 buah sekolah sehari.
So, nilah action plan…

Goal & Action Plan ni kita akan masukkan 
ke dalam Auto Suggestion pula nanti.



4. Sediakan Tools- Tools Dulu

i. Vision Board (dah citer sebelum ni)
ii. Auto Suggestion (entry akan datang)
iii. Visualization (entry akan datang)



5. Bermulalah Proses Internalization.

Ingat betul- betul.

INTERNALIZATION adalah proses untuk 
PROGRAMKAN GOAL ke SubCM kita


Untuk TANAM @ PROGRAMkan sesuatu ke dalam SubCM.
Hanya ada SATU KAEDAH sahaja.

Iaitu
PENGULANGAN.
Ulang, Ulang, Ulang
(Spaced Repetition)


Nak ulang Apa????


Ulang GOAL kita!!!!!!
Goal Benda yang Belum ada!
So macam mana nak Ulang????


Gunakan 5 Perkara ni melalui 
Panca Indera KITA yang Hebat
Iaitu:

LIHAT, DENGAR, CAKAP, BAU & RASA 
(Feeling, bukan rasa dengan lidah)


Sebab tu kita kena faham… Sebenarnya

Vision Board untuk kita LIHAT (rangsang PENGLIHATAN)
Auto Suggestion UNTUK kita CAKAP (Baca) & DENGAR
Visualization untuk kita RASA (Feel)

*Kalau tak faham tujuan Vision Board, Auto Suggestion, Visualization. maka... 
ia tidak akan memberi kesan

6. Lakukan PROSES INTERNALIZATION ni 2 Kali sehari

Ambil Vision Board & Auto Suggestion tadi 
dan duduk di TEMPAT SUNYI.
Berseorangan


Pejam mata… tarik nafas panjang- panjang dan RILEKS.
Ulang sehingga RILEKS


Tengok Vision Board


Tengok Gambar & Baca (Sebut @ Cakap) dengan KUAT
Baca Target- Target kita satu persatu


Tetapi perlu baca dengan:

1. DENGAN PENUH EMOSI (Semangat, Bersungguh)
* Kalau perlu genggam tangan. So, gengam tangan supaya dapat feel.
* Kalau perlu sebut kuat & lantang. So buat…. Biar Feel
* Kena demo baru senang nak faham.

2. DENGAN PENUH PERCAYA
* Rasakan dalam hati. Aku boleh capai
* Yakin kita boleh. Percaya, percaya, percaya

3. DENGAN IMAGINASI “DAH DAPAT” GOAL TU
* Contoh kalau nak BMW, waktu “sebut dah dapat BMW 3 series pada 24 August 2013”. Dalam imaginasi kita, kita tengah bawa BMW tersebut. Dapat rasakan suasana waktu drive, dapat rasa stering dia, cornering dia, dapat hidu bau BMW, dapat rasa sejuk aircond dsb



Selesai dengan VISION BOARD. 
Ulang Proses dengan AUTO SUGGESTION pula

***** ULANG 2 3 kali sampai terbit feeling dan semangat dalam hati
***** Ulang, Ulang, Ulang hingga rasa timbul dalam hati “Aku mesti buat”
***** Ulang, Ulang, Ulang hingga rasa tak senang duduk….. 
so kita akan bertindak
Tindakanlah yang akan menentukan HASILNYA nanti


Akan keluar BURNING DESIRE nanti
Akan keluar nanti FIKIRAN @ IDEA- IDEA
Akan keluar nanti ACTION @ TINDAKAN – TINDAKAN


Proses ini akan menghasilkan VIBRATION… 
akan Keluar ACTION dan 
akan membawa kepada ATTRACTION… 
Law of Vibration & Attraction


Okey sehingga setakat ni dulu…

·         Cuba fahami Entry ni betul- betul dulu yer.. 
kita dah makin hampir.

·         Boleh tak reply sama ada faham atau tak. 
Nak tahu feedback

·         Rasa susah nak explain dlm bentuk teks. 
Biasa aku buat penerangan macam dalam kelas.


Banyak lagi benda nak dibincangkan…. Moga Allah permudahkan.